28 January 2011

kesian anakku....

Hari ini di sekolah...

1. Idlan jatuh kena tolak kawan time nak ambil wuduk. Both gigi kapak patah. Cikgu call katanya anak kami jatuh...mulut bengkak sikit dan darah sikit. Kata cikgu Idlan nak mama dia ambil awal, tapi aku fikir disebabkan jatuh sikit dan darah sikit, hmm takperla dan biarlah dia tunggu hingga habis sesi persekolahan.

Di rumah, Idlan cerita perkara sebenar dan baru kami tahu gigi dia patah. Isk firasatku, mesti kena tolak kuat kalau tidak takkan sampai gigi patah. Darah kena kat baju sekolah.

Patutkah kami bersemuka dgn cikgu, dan minta cikgu dia sound (read: nasihat) budak itu? Kata Idlan, budak tu duduk sebelah dia. Dlm kelas selalu kacau Idlan, tolak siku time idlan tulis, pau duit idlan, etc. Grrrr rasa tensi bila fikir.

2. Jam 4.30pm, bila abah nak ambil Idlan di transit, tengok2 dia tak turun dari van sekolah dia. Salah seorang budak dlm van tu kata idlan naik kereta dgn 'mama' budak lain. Duss punyerlah risau kami. Aku call cikgu, cikgu kata idlan balik macam biasa lepas sesi sekolah tamat. Nak minta cikgu tolong carikan, time tu cikgu tgh ada sesi usrah. Abah round satu taman, round playground, tunggu dekat transit...tapi jam 5pm masih belum jumpa Idlan. Mama terus rush balik rumah, dlm kereta cuba call cikgu lain pula. Bila cikgu cakap 'sabar Puan jgn panik', dus terus mama menangis sbb dlm hati dah fikir macam2...risau yg amat. Akhirnya dlm pukul 5.15pm kot cikgu kelas call inform dia nampak idlan di court badminton. Terus si abah rushing ke sekolah pick up Idlan. Rupanya dia kena tinggal van sebab pergi toilet utk membuang.

Isk kesian anakku....macam2 perkara berlaku hari ni, mesti dia sedih.

Sabar yer nak, ni baru cabaran kecil...harapanku Idlan akan terus kuat menghadapi hari2 mendatang di sekolah.

8 comments:

ummi said...

mintak idlan pegi ofis kalau tertinggal van. if i were you, half of me would've gone kalau x jumpa anak. iman lewat keluar pon, akak dah sesak napas.

ummi said...
This comment has been removed by the author.
y@tipruzz said...

tu la time pruzz call, sy otw ke bilik gm submit paper. dh la byk problem kt ofis today, bila dpt call tu...lg kusut jadiknya huhu.

drive laju giler x igt ape dah, sambil air mata meleleh...bila cikgu call kata dh jumpe, terus stop kat shell beli air apple n coklat hoho (lapar nyer pasal :p)

myjuliana said...

sedihnya & sian idlan..

pasal budak dlm kelas tu, memang awk kena jumpa cikgu kelas.. kalau budak tu mmg suka kacau org, maybe dia kena dok sorang2 sampaila behave.. teringat kisah aisya masa kat uk, budak nakal semua kena time out, sampaila behave.. masa kita kecik2 dulu pon ada, cikgu suruh berdiri luar kelas dalam 5 minit ke.. skrg ni ramai parents yg terlalu manjakan anak kot, sampaikan anak tak behave pon tak tegur.. hmmm

Yatie said...

kesian nyer idlan.....

elok rs nyer yati jumpa ngan cikgu utk bincangkan ha ni....
iman hr tu baju nyer kena gunting...mcm2 hal lar.

y@tipruzz said...

kena gunting? iskkk pelik dan kreatifnya budak zmn skang ni :p

Ummu Auni said...

kena face cikgu dia. beritahu benda ni.

lepas tu sound pakcik van tu. aduhai...

Yatie said...

mmg pelik....terpaksa lar beli baju lagik....mmg nakal kwn iman tuh....