12 January 2011

Perihal sekolah

Sekarang ni setiap malam pasti mama akan berborak dengan Idlan tentang perkara yg berlaku di sekolahnya. Antara yg diceritakan oleh si anak:

- biskut mini chipsmore yg abah bekalkan dlm 7-8pcs, idlan cuma dpt makan 2 ketul jer, yg lain kawan idlan habiskan.
- mee goreng time lunch sedap sgt, idlan angkat tangan minta tambah.
- kawan idlan minta belanja beli tanah liat (read: plastesin), tapi idlan tak belanja pun.
- dlm bas on the way ke sekolah idlan makan fish fillet, kawan rasa dia kata hmmm sedapnya!
- petang idlan selalu beli biskut harga seringgit (duss biskut apa yg mahal tu eh??)

Dan ini pula pesan mama buat si anak:
- lain kali boleh share bekal dgn kawan, tapi cakap kat dia jgnla makan byk sgt saya pun nak makan jugak :p
- kalau makanan dekat kantin sedap, jgn malu angkat tangan minta tambah, sebab mama & abah dah bayar mahal2 tau jadi makan byk2
- kalau kawan minta belanja beli benda, cakap dia tak boleh. Mama saya kasi duit seringgit utk beli makanan je.
- Duit belanja mama kasi cuma utk beli makanan je. Jangan beli benda lain macam ruler, eraser, pensil, etc. Kat rumah dah byk semua tu...
- Kalau ada ujian kena jawab cepat2, jgn slow sangat nanti masa tak cukup.

Sebenarnya pagi kelmarin mama ada call cikgu kelasnya, bertanya ada tak ujian saringan utk budak darjah 1. Kata cikgunya tiada, sebab dulu dah pernah buat ujian utk masuk ke ABIM. Jadi budak2 semuanya level lebih kurang saja. Mama risau kalau tiba2 cikgu buat ujian, knowing idlan yg sgtlah 'slow & steady' and 'taking his own sweet time' masa jawab soalan periksa kemasukan ke ABIM dulu. Di tadika Ad-din dulu tiada sistem peperiksaan, jadi idlan tak di expose dgn perihal ujian/test/periksa semua nih hoho.

Alang2 dah call cikgu tu, mama pun siasat la serba sedikit, tanya macam mana Idlan dlm kelas. Kata cikgunya, Idlan participate dlm kelas, cuma time buat aktiviti kadang2 dia akan cakap 'saya penatla cikgu, saya rasa macam nak sambung buat di rumah'.

Hahhhh yg ni memang mama dah tahu. Part buat homework dia memang agak liat sedikit. Cikgu dia kata takper...Puan jangan risau, nanti kami pujuk dia slow2.

Di transit pula, cikgu ada cakap, Idlan bila nampak mama dah sampai je mesti terus tutup Quran dan taknak mengaji dah. Jadi kelmarin, mama masuk ke dalam tadika dan tunggu dia habis mengaji barulah kami gerak pulang ke rumah.

Dusss mama harap Idlan akan lebih rajin lepas ni, dan tidak lazy2 lagik :p

Anyway mengikut takwim sekolah, ujian pertama mereka adalah pada minggu ke-3 bulan Februari nanti.

4 comments:

Yatie said...

assalamualaikum....

wah berceloteh panjang yer...bagus2
seorg ibu yg begitu prihatin.
yati nak no phone sy yer......email sy leh????
ros_hayatie@yahoo.com.my

y@tipruzz said...

ok tq!

puterikiut said...

haha kelakar bab beli biskut rm1 tu, akak hr2 wonder dini buat apa dgn duit rm2 bg hr2, bile blk mmg beg kosong, pdhal bwk bkl air dgn nasik..ada 1 hrtu dia beli air pakai vendor machine, dah la sblh kelas dia,dia kata air tu sedap sangat mcm teh..hrni tanya dia kata kakak beli brg kakak..sampaikan akak tanya dia kakak kasi org ke? Mana la tau kot ada geng pau..dia kata tak la..kakak beli brg kakak.. (rasanya jajan kat luar sementara tgg bas)..

aida said...

same as me.. ape la fawwaz buat dgn duit bekal? jgn belanja kawan udah.. hehehe