24 March 2011

Idlan - Keputusan penuh ujian semester pertama

Idlan bawa balik report card hari ini.

Total subjek - 9
Total markah - 824/900
Purata markah - 92%
Kedudukan dalam kelas - 16/34

Terbeliak mata mama dan abah bila tengok kedudukan dalam kelas tu!
Sangka kami, result idlan dah kira ok..sebab dapat semua A kan.
Alih-alih..dapat nombor berbelas-belas tuuuu :p

Kitorang cakap kat Idlan, kena usaha lebih lagi...sebab kawan-kawan Idlan ramai yg terer belaka!! hehe

Abah cakap 1A dapat seringgit...tapi abah kasik RM10 (suruh masuk tabung tak boleh belanja).
Mama pun kasik RM10 jugak...kira fair and square la ni :p

Hmm lepas ujian 2 minggu lepas mama dan abah terus stop ajar idlan.
Idlan mmg lagi sukala...makan tgk tv tido main..tu je keja dia.
Nampak gaya lepas ni kena konsisten ajar balik la kot.

Abah cakap kat idlan..."dulu abah dapat no 1 atau 2 je dlm kelas...tak pernah dapat nombor banyak."
Mama pun sama.
Harap-harap genetik tu akan menurun kpd anak bujang kami ni ameen ......

9 comments:

aida said...

Yang, ko tatau ke dari darjah 1 ke 3 biasa je budak score semua subjek 100 percent? Start darjah 4 baru graf tu menurun sikit

noor said...

setuju, kat sekolah mana pun semua mcm tu. So, jgn sedih :D Dan kat sekolah anak saya, mereka tak de bagi kedudukan dlm kelas, sbb tak nak anak2 (dan juga ibu bapa) frust/sedih. Yang penting the grades indicate his has grasped the fundamental knowledge delivered by the teacher, and the most important thing to me, that shows our children have the ability to think, remember, understand the instruction and answer the questions under exam condition :D. Congratulations... and do keep the good job...

CT said...

paper pun...idlan is a smart boy!!!!

yatiscloset said...

aida - hehe aku tak tahu. tak igt zaman kita2 dulu caner :p

noor - anak sek kat aner ye? dan setuju sgt dgn ape noor ckp tu. pepe pun kami harap anak2 kami bukan setakat pandai baca kira tulis, tp elok akhlak..tu lg penting di zmn serba moden penuh pancaroba ni kan :)

k.ct - tq! kembang idlan kalo dia baca blog mama dia ni hehe

Ummu Auni said...

Yati, congrats to Idlan!! Relaxlah beb, dia baru darjah satu.

ummi said...

nanti UPSR (kalo ada lagiklah) personal grade aje depa tengok. tak tgk kedudukan dalam kelas. sekarang just try as much as possible supaya dia grasp all the foundation concept. nanti naik tahun 2,3 dan seterusnya, senang.

myjuliana said...

yati, kite & chot tak stress sgt pon kat aisya pasal marks.. tanak dia stress & takut dengan exam.. chot nak dia faham apa dia belajar, pada kami itu yg penting.. mmgla kalau boleh nak dia dapat 100 semua.. tapi tanak dia cepat bosan bila asyik2 dapat 100 (macam chot dulu).. in the end, dia saja2 buat salah masa exam sbb tanak dapat nombor 1.. good job to idlan!

(kite dulu penah dapat nombor 41/45 masa darjah 5 kot :P)

y@tipruzz said...

hehe tq korang for the feedback..ni yg syok bila ramai geng anak dah masuk school nih :)

julie - klakarnyer chot akakaka. anyway kitorng skang mmg x ajar idlan memalam...x sempat la (excuse!!). nampak gaya time dia nk xm la baru mak pak dia stress nk wat revision last minute huhu. 41/45? maknanye dlm klas tu sumer super genius cam awak hoho!

myjuliana said...

haha lawakla yati.. kite dulu tak penah stress blaja masa sekolah rendah.. maybe ayah & arwah mak sibuk keje cari duit kot :P

lepas dapat nombor 41/45 siap kena panggil dgn cikgu, sbb kerja sekolah tak siap. then kite stay-up sampai tgh mlm siapkan kerja2 tertangguh. then tungkus lumus catch up balik pelajaran. the next month, dapat nombor 4/45.. sengih sampai telinga sbb cikgu suruh kawan2 bagi big applause :D