27 July 2009

Menyusu si Permata Hati

Pejam celik pejam celik in 2 weeks time genaplah setahun aku menyusukan Firas. Sekejap je masa berlalu. Perjalanan sepanjang menyusukan Firas mmglah indah, namun tak dinafikan penuh dgn onak dan duri cewahhh. Sebaik melahirkan Firas pd jam 10.41pm, susu ku masih belum kluar. Maka sepanjang mlm tuh jenuh la ku menuam B dgn harapan dpt menyusukan firas secepat mungkin walaupun penat bersalin masih terasa. Tapi malangnyer susu still tak kluar. Sehinggala tiba waktu subuh susu still belum kluar, last2 ku surrender sign borang membenarkan nurse beri firas susu formula. Alhamdulillah, hari ke-3 lepas berurut susu kluar mencurah2.

Sepanjang dlm pantang, ku menyusukan firas sambil duduk. Dah cuba few attempts utk menyusu sambil berbaring tapi dia akan mengamuk. So tahanla lagi sepanjang pantang tu. I’d say firas dikategorikan sebagai baby yg sgt cranky, suke nangis, suke ngamuk, etc. Masa dia 3-6 bulan, aku terpaksa menyusukan dia sambil dukung dan berdodoi. Yerrr sgtla tiring, pinggang sakit toksah ckpla…tapi ape nak buat…niat menyusukan dia dah terpahat kuat dlm hati, so ape je cabaran ku hadapi jua dgn tenang+air mata hihi. Bila nak outing, akan ku perah susu siap2 masuk ke botol, yela takkan nak dodoikan dia dlm feeding room tu plak kan..dahla dia sokmo cranky..nanti org sure stare dgn pelik skali. Ada sekali tu time umur dia 5 bulan kot, tetiba dia refuse bf dan lebey suke minum botol. Mengamuk, tolak2 dan jerit2 sakan bila ku suakan B. Time tu aku mmg hampir hilang sabar, tak larat sgt sampai aku nangis …tensen pon ader. Mujur la Pruzz ade memberikan moral support, suruh sabar byk2….akhirnye after few days firas back to normal. Time tu aku mmg sgt strict dan tegas..mmg perang habis-habisan dgn firas and tak kasik dia botol even tho dia dah nangis lama…bila difikirkan balik hishhh ganas jugak mama time tu :p

Bila dia dah besar sket, lama2 ku berjaya susukan dia sambil duduk dgn tenang. Tak perlu dukung dan dodoi lagi. Lega dan nikmat sungguh Tuhan je yg tahu. Mungkin dia dah semakin besar dan bijak dan tak mahu meletihkan mama dia lagi kots :) Namun begitu, ku masih menyusukan dia sambil duduk. Waktu mlm pon camtu, average 4-5 kali akan bangun duduk utk menyusukan dia. Penat bukan? Yer mmg penat tapi again, niat dah terpahat kukuh dlm hati…lagipon dah immune org kata.

Minggu lepas, ku baca forum pasal ‘menyusu sambil berbaring’ di susuibu.com. Dalam ramai2 forumer yg kasi posting dlm tuh, cuma aku dan seorang ibu ni je yg menyusukan baby sambil duduk. Rata2 menyatakan betapa relaks dan selesanya mereka menyusu bayi sambil berbaring. Tiba2 semangat utk cuba menyusukan firas sambil berbaring timbul kembali. Malam tu, ku cuba dan Alhamdulillah, firas ok dan menyusu dgn jayanya…sehinggalah ke hari ini.

Itulah sedikit sebanyak citer dan pengalaman menyusukan si permata hati ku buat tatapan ibu2 yg sedang menyusukan bayi, atau yg bakal melahirkan bayi tak lama lagi…sekadar perkongsian ikhlas dan diharap dpt memberikan semangat kpd mereka yg menghadapi masalah sepanjang menyusukan bayi masing2. I’d say bukan mudah hendak sampai ke tahap sekarang, setiap ibu pasti mengalami 1001 masalah dlm meneruskan niat murni mereka. Tapi yg pasti ape yg membuatkan ku bertahan adalah niat dan semangat hendak bf firas sejak dia di dlm kandungan lagi + moral support yg diberikan oleh suami tersayang :) Oh tidak lupa berkat jasa baik Medela Swing ku yg gigih bekerja siang dan malam untuk memberikan yg terbaik buat si kecil hehe. Aku tak pasti ape lagi onak dan duri yg bakal menanti in future, yg pasti insya Allah akan ku cuba harungi dgn tabah+semangat yg kental…especially menjelang Ramadhan nanti di mana supply susu confirm akan merudum tak ingat huhu.

Entry ni ditulis khas sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada minggu depan. Saje tulis skarang sementara tgh free ni :p

Happy Breastfeeding Everyone!

6 comments:

Farra Da Smiley said...

onak duri mu mmg lagi tajam dr aku...syabas yati!

aku tak abeh pantang lg dah menyusu baring..mmg relax...tak penah pulak nyusu sambil berdiri/dukung baby..bijak toi si firas ni ek

aida said...

tahniah tahniah...

aku pun sama, time pantang dah nyusu baring.. tapi fahri mmg cranky sampai 2 tahun, serious aku tatau camne aku tahan, dia bergayut lama gila semenjak aku lahirkan dia sampai umur 2 tahun... huhuhuh

y@tipruzz said...

firas=kecerdikan/ketajaman fikiran. Sesuai dgn nama dia hihi.

firas is one kind of easily distracted baby. Kena menyusu dlm keadaan yg senyap sunyi, no tv, no noise, etc. Kalo idak sure dia akan distracted n takmo minum :p

but looking back, it's all worth the efforts put thru...pahit itu indah juga sebenarnyer hehe and aku bersyukur dpt peluang bf kan dia :)

tinidewi said...

yezza... ameer & zahra both menyusu baring. relaks sey. nguek skit, aku hulur, dia latch, terus aku zzzz balik wakakakaka. terasa sungguh bahagia. imagine those yg menyusu botol... tgh syok2 tido kena bangun buat susu. kan senang hulur je susu cap mama hehehehe.

y@tipruzz said...

betul betul! lagi satu susu cap mama ni very mobile..pergila ke mana saja susu sentiasa ader. tayah bwk termos, air sejuk, milk container, bottle warmer, yadaa yadaa...sgt efficient gitu!

ShaFiAti said...

betul2 tu kawan...mmg firas bijak..n sungguh tabah yati eh..hehehe...

congrats.. :)