21 April 2010

Gold Coast - Day 1 (17 April)

Ni ala2 simple travelogue kami....abaikan tatabahasa yg tunggang langgang tu ok (dan gambar yg diletak terbalik dari Z-A), hopefully cerita ni sedikit sebyk dpt membantu kengkawan yg berhasrat nak pergi ke GC :) Conversion rate 1AUD=RM3.02 masa kami tukar duit tu....so do your own calculations ok.

Kami naik flight AA-X jam 2125 @ 16 April. Lepas check-in luggage, kami dinner di Toast of Asia...pekena mihun and nasi lemak set. Perjalanan memakan masa selama hampir 8 jam. 2 jam yg pertama agak memenatkan, sebab both kekanak still belum tido dan masih segar bugar bermain dgn tv screen yg ada di depan seat. Bila lampu dlm flight dimalapkan, barulah firas terasa nak tido. Susah jugak nak tidokan si kecik ni, sekejap peluk abah, sekejap peluk mama. Akhirnya berjaya jugak tido...tapi throughout the night mmg kedua2nya asyik berubah position. Kejap kepala abang atas riba mama, himpit kepala si adik, kejap adik hug mama macam koala, kejap abang kat hulu, adik kat hilir...mmg tak stay put langsung. Kami berdua pula takdelah lena sgt, sbb seat tak boleh nak adjust, so agak kurang selesa. Tapi dah bayar pun murah, what can u expect kan :p Kami paksa juga utk tido sekejap coz tomorrow's gonna be a long and tiring day for us. Jam 710am local time, kami selamat tiba di GC. Cuaca 19 degree celcius, tapi still panas...yg sejuk cuma angin dia. Hampir sejam kot kami Q di custom utk check-in and inspection. Custom dia very strict, sebelum check passport kami kena beratur panjang, letakkan beg, dan 2 ekor anjing besar akan inspect kami dan barang2 yg ada. Agak cuak time tu sebab takut tersentuh anjing tuh. Lepas check passport, tiba masa utk items declaration. Melalui research yg dibuat, kami dah prepare awal2. Semua foods and liquids (termasuk ubat kekanak) kami pack dlm zipper storage bag yg berasingan. Food yg kami bawa semuanya lepas - milo 3in1, nescafe, tuna 2 tin, maggi goreng, jem strawberry, & biskut2. Siap dpt pujian dari custom officer tuh...'very good!'. Ada org tu bwk frame gambar berkayu, officer tu belek2 kayu tu lama bukan main...ntah apala yg pelik dekat frame tuh. Kesimpulannya mmg letih la queue nak lepas customs depa nih.

Lepas tu, kami terus naik cab ke hotel Courtyard Marriott by Surfers Paradise, about 25min from airport. Taxi fare $50.30. GC sgt serene dan tenang, tak sibuk dan bz macam Jakarta or KL. Disebabkan masih awal, kami still tak boleh check-in...so lepas bayar deposit $200 dan letak beg, kami terus berjln keluar utk mencari breakfast. Tak byk choice makanan halal yg ada, so kami beli kebab & ape ntah satu lagi tu di Ali Baba's kebab..kebab $9, yg satu lagi cam pasta/pizza tu $5. Beli ice lemon tea di 7 eleven $4. Rege makanan mmg agak mahal lepas convert, tapi tutup mata jela..sekali sekala hihi. Lepas mkn kami terus ke bus stop utk ke Sea World. Lupa nk cakap, hotel kami dah bayar online, RM1032 for 3N...book via booking.com during its super deal promo :) Perjlnan ke Sea World around 10min jer, bus fare $14.80 return tix. Public transport depa very efficient, bus very frequent and punctual, driver bus sgtla courteous dan helpful, indirectly they act as a tourist guide, giving us informative facts and guidance yg membuatkan kami rasa agak secure and tak takut nak berjln sendiri walau di negara orang. Sampai di Sea World, we made a quick glance at their brochures and show times, tu penting utk buat planning what comes first and later. Semua tiket theme park kami dah beli siap2 thru online, so save the time for queing! Kami beli Escape Pass (2 parks over 3 days) for $288.20. Manusia punyelah ramai yg amats, ramai dgn mat salleh, i guess from other parts of OZ kot, muka org luar tak ramai sgt. 1st show was Sesame Street Beach Stage show, time sampai tu org dah ramai giler duduk dekat allocated seats surrounding the stage. Dptla tgk elmo and the gang menyanyi and dancing, lagu2 dia best gak and catchy...sesuai la utk kids. Firas very cooperative, bila org tepuk dia pun tepuk hihi. Then kami kasi kids naik few rides sebelum masuk ke 'shark attack'. Boleh tgk shark and the gang dari cermin dasar pool. Lepas tu, terus ke Pirate shows sambil mama queue beli food for lunch. Tak byk choice makanan halal yg ada, so kami just pilih seafood platter+soft drinks+juice...around $25. Next stop, kami pergi show Imagine - it's a dolphin show and the bestest show of all at that place i'd say. Dolphin2 sumer tu genius2 kots, sgt comel, cute, and bijak! Mujur firas bgn time tgh show, so sempatla dia join tepuk tgn dgn audience2 yg lain :p Then kami pegi ke Penguin point, ray reef, gamat, polar bear, etc....dan last skali tgk sea lion show. Mama dgn abah hampir2 tertido time show ni, sbb cuaca panas (even tho angin dia sgtla sejuk)+penat yg amat+jet lag+penat kejar firas yg berlari ke hulu hilir...mmg budak galok sungguh dia ni! Park tu dahla luas, dia plak pantang nampak tpt luas...makin sakanla dia berlari..yg penatnya kitorang la nk mengejar! Seharian kami di sea world, firas cuma minum susu sekali jer, mkn fries n biskut sket, tido sekejap kurang sejam....bila bgn dia terus all freshen up and active yg amats. Tak bley imagine kalau kena control 3 kids...mesti pening! Before 5pm kami dah surrender, terus berjln ke bus stop utk blk ke hotel. I need the bed!!! Lepas check-in abah terus lena...kekanak berdua tu masih lg aktif tgk tv and all. Konon mlm tu nak jln2 around area surfers cari souvenir tapi si abah lelap punyerla lama...last2 mama pun terlelap sekali ngan kekanak tuh. Kat sana pukul 530pm dah maghrib and gelap. Tgh mlm mama terjaga mkn kebab yg dibeli pagi tadi (kebab dia besarrrr, bley share 2 org).

okla mama dah lapar nk pi wat maggi goreng sat..before that kita layan gambar sat...full version dlm FB yer, tgh upload sket2.... Nnt kita sambung story later ok....ada kain 3 trip macam menunggu2 untuk dilipat, baju ofis belum beriron, rumah belum kemas n vacuum walhal habuk dah tebal beberapa inci, email ofis belum dibuka (sebenarnya takut nak bukak akakakaa especially bila on h/p tgk berpuluh miss call yg masuk) ....ishh time2 camni la den teringin nak ade maid and escape!!!















9 comments:

LiTtLe^m3 said...

eii bestnya.. ni last vacation before deliver ke? atau ada lagi menanti :D

Farra said...

bestnyer! nak gi gakssss

baiti jom ahaks

tini said...

wow, best nye dapat g oversea tu :) aku teringin gak nak g. one fine day insya Allah.

-ummu amin- said...

bestnyer.. dh lama teringin nk g GC.. lom kesampaian lagi. btw, yati bawak stroller gakke?

y@tipruzz said...

baiti - last vacay tioman la kot ngan k.farra...penat macik tu organize ekekeke

farra/tini/idayu - jom jom pegi...cik abe ku pon tingin pegi lg nx time :) Stroller purple tu si firas punyerla..dun wori, bus derang very efficient, stroller friendly sbb seat bley lipat, etc..nnt insya allah yati post some tips and key points for travellers okie :)

Ummu Auni Afif said...

best best

adiks said...

teksi fair de mahal gle >.<!

overall sgt menarik..

byk beli souvenir tak? ekeke..cpt2 dtg umah umi =p

y@tipruzz said...

maggi pong mahal...apetah lg taxi fare aakakaka...eskrem sebatang pon dah rm12 :p

souvenir mestila ader...tungguuuuuu

nx 2-3yrs jom nak...hang cfm enjoy nyerrr i tell u!

semut-terbersin said...

hi salam kenal..
wow! very informative! kitorg akan ke GC end of next month..terbace ur entry ni..at least dapat sket2 gambaran kat sana..eh u book theme park ticket online eh? kat mana? nak url dia bleh?