03 April 2010

johnny's...lasagna...nyum nyum!

Kelmarin after ofis ku membuat a quick call kpd cik abang and ajak dia dinner bersama (which means without the kids :p) It was still early when we reached jusco, around 540pm and we just headed straight to the Johnny's. Dah lama mengidam sebenarnya nak pekena tomyam dia yg lazat tuh...tapi bila mengenangkan si firas yg confirm tak boleh duduk diam, hasrat terpaksa dipendam hinggala termaterialize yesterday hihi. Perut mmg dah lapar, considering lunch tadi kami cuma makan maggi sup di kedai mamak (kami i.e. sikulat, zarid, dan lela). So siapa yg suke steamboat, silalah ke Johnny's...memang berbaloi2!


cik abe ku in action!


kami amik set for 2, so ini adalah antara yg termasuk dlm package tu.

cooked and ready! gulp gulppp

Hari ini a.k.a sabtu, kami tidak ke mana-mana. Idlan baru sihat dari demam, firas masih sesema...jadi plan nya hanya lepak di rumah jelah. Pagiku bermula dgn sangat cemerlang, before 8 breakfast sudah tersedia. Again craving for cucur masih belum habis, gara2 baru tahu tips macam mana nak buat cucur yg bulat dan crispy di luar, lembut di dalam hehehe...sgt puas!
Lunch, ku buat homemade lasagna. Ni pun gara2 teringat post kak ct zuraimah yg buat lasagna utk breakfast! Utk meat sauce, ku bubuh Ramly minced meat, button mushroom, capsicum, bawang, black pepper dan tomato puree. Carrot tak bubuh sbb tak suke :p Untuk white/cheese sauce, sebenarnya dah terlupa macam mana nak buat, nak bukak lappy refer resepi sgtla malas....tapi mujurlah di belakang kotak San Remo tu ada disediakan simple recipe for lasagna. So bahan2nya...butter, tepung, fresh milk dan cheddar/mozarella cheese...dan sedikit garam and pepper sebagai perasa. Untuk detail step by step, ha bolehla beli lasagna sheet san remo, confirm lasagna anda menjadi!! Hubby ku bijak, sbb dia beli lasagna sheet yg ditulis 'no pre-cooking required', maknanya ku tak perlu merebus lasagna tu terlebih dahulu. Terus arrange layer by layer dlm baking dish berselang-seli dgn meat sauce and cheese sauce....dan bake for 35-45 minutes. Hasilnya....marvelessss!


first layer...meat sauce-lasagna-meat sauce

followed by cheese sauce. Repeat by arranging lasagna-meat sauce-cheese sauce....i got 4 layers in total kots


ends the final layer with cheese sauce, and last but not least sprinkle with shredded parmesan cheese (myself use cheddar jer hihi). Lepas tu terus bakar for 35-45min at 180 degrees.

Petang ni, umi nak dtg membawa mee bandung muar. Malam kami ada kenduri kawin di kajang.
Plan esok? masih belum difikirkan..........
have a nice n meaningful weekend peeps!

1 comment:

-ummu amin- said...

yati, sorry just nk bgtau yg johnny's nih takde sijil halal.. pls refer here http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=9459&a=U