15 January 2011

Survivor

Sangka ku, project 'Tsunami' yang melanda pada akhir tahun lepas adalah dugaan yang paling hebat melanda dalam sejarah karier ku di T*. Alhamdulillah, aku masih survive dan bertahan, bak kata ku kpd rakan2 dan bos, ohhh saya masih survive lagi bos, hidup lagi ni pada tahun 2011!

Namun dua hari yg lepas, satu lagi dugaan mendatang yg ku kira merupakan kemuncak dlm perjalanan karier selama 8 tahun ku mengabdikan diri di syarikat ini. Email yg diterima, yg cukup membuatkan aku tidak dpt memberikan konsentrasi sepenuhnya di dalam mesyuarat, dan email itu sudah cukup membuatkan jantung ku bagai nak luruh dan disiat-siat. Seharian perkara itu berlegar2 di dlm kepala, semalaman aku tidak tidur lena menantikan hari esok (jumaat).

Come friday, hari yg ditunggu-tunggu. Pertemuan diatur jam 3pm. Pagi itu, sudah ku kumpulkan segala bukti, sudah ku run through kes itu bersama staff ku, dan kami sudah plan strategi kami. Siap praktis lagi tu apa yg bakal ku ucap dan luahkan di pertemuan itu.

Dalam jam 11++, aku menerima panggilan dari hubby, yg mengatakan dia accident motor di depan hospital serdang. Jalan licin sebab hujan, motor skidded. Alhamdulillah hubby tidaklah cedera teruk (walaupun bila dia sampai di rumah impact accident baru menjelma di mana satu badan sakit, muscle pain, hatta nak jalan pun susah dan slow). Jeans dia koyak, lutut cedera, mujurlah ada jaket motor yg 'mahal' yang menyelamatkan hubby :p Ikutkan hati, aku mahu pulang membantu hubby. Tapi pertemuan yg sudah diatur ptg itu tidak boleh ku batalkan, akan ada 'bad remark' yg akan menyusul sekiranya aku tidak 'turn up'. (Sori dan thanx Yang kerana memahami!)

Sebelum berangkat, aku email kpd bos2 ku....wish me luck bos!
Balas immediate bos ku...insya Allah yakin boleh, berani kerana benar!
Balas bos besar ku...insya Allah nothing will happen if we're doing our jobs according to the processes. Make sure all your evidences and documents in place.

Dan, sesi selama satu jam setengah itu berakhir dgn kesudahan yg ku kira insya Allah akan berpihak kepadaku. Walaupun masih belum selesai, sekurang2nya 'mental state' aku sudah boleh kembali ke keadaan asal dan normal, dan aku boleh kembali membuat kerja dgn tenang. Pesanku kpd staff, jangan takut jika dipanggil, and just tell them the truth (dia siap migrain malam tadi walaupun yg dipanggil adalah aku, bukan dia :p).

Pesanku buat rakan2 sekalian, berhati-hatilah dgn sesiapa sahaja yg anda perlu berurusan di syarikat kita.
Jangan ingat muka dia baik, tapi hatinya pun baik.
Dan paling penting, jangan buang email2 anda yer...simpan baik2 biarlah jadi pekasam pun, kerana itulah yang bakal menyelamatkan anda di kemudian hari.

Sebelum keluar dari 'bilik' itu, aku sempat bergurau dgn si dia....boleh saya balas report balik tak, ala-ala saman malu, false accusation, kerana benda ni dah menggangu-gugat hidup saya dan fikiran saya, sampai staff saya pun naik migrain dek hanya memikirkan hal ini!

Anyway itu cuma gurauan, saya masih waras & boleh berfikiran rasional & bertindak professional. Kalau saya emo, kami pakat 'serang' dia balik!

Dan yang lebih kelakar, bila keluar dari 'bilik' khas itu, saya terserempak dgn mozaba...ahhhh kantoi!!

Permulaan tahun 2011 yg sungguh hebat buat saya. Tapi insya Allah i am a survivor, and is still surviving (dan masih belum tergerak hati untuk bertukar unit hehe).
Walaupun big bos sudah pesan, being in this unit is hazardous, we're always being pin-point by people, always open to people's misperception & misinterpretation.

Dan kelmarin juga merupakan hari ulangtahun kelahiran umi ku yg tersayang. Pagi2 memang sudah ku telefon dia memberi ucapan (hadiah belum ada lagi sori umi!), namun tidaklah kuceritakan kpd umi apa yg bakal berlaku ptg itu...taknak umi susah hati. Walaupun the other side of me berfikir, kalau beritahu umi kurang2 umi boleh mendoakan yg terbaik buat anaknya.

But again, Allah lebih Mengetahui...jadi kepada Dia jugalah aku pohon utk permudahkan segalanya.

7 comments:

julie.yaacob said...

cuaknyer baca post ni. harap2 semuanya bakal berpihak pada awak. cuak kan kalau jadi benda2 camni. huhu. best of luck yati!

Ummu Auni said...

wuits..jadi apa? story la weh kat aku

y@tipruzz said...

aini- nk story kena la blanjer red velvet dulu :p

julie - yeah life's full with ups n downs...redah saje ok selagi terdaya!

aida said...

Aku rasa cam kes aku alami je lebih kurang. Takpe kang boleh story mori

Zuedin said...

waaaaa serius je post ni
insyaallah strong lady kak yati ni nampak je kurus :P

hahahah kalau kak aini nak belanja red velvet saya pun nak join (mode menyibuk)

y@tipruzz said...

strong di luar..tapi bila story kat mak akak, nak meleleh gak air mata ni huhu sedey tau dik :(

mujur during the session akak maintain macho n cool :p

catatan i am nieta said...

fuhhhh kalau akak di tempat yati tak tau la..cuakssss