23 February 2012

Pemergian nenek

Pagi Ahad sebaik selesai bersarapan, aku menerima panggilan drpd kakak ipar. Ayat pertamanya sudah membuatkan dadaku berdebar ....'dik nur dah dengar berita?' Dlm kotak fikiranku, terbayang wajah umi, dan nenekku. Dan selepas mendengar ayat seterusnya, aku terus beritahu hb, dan kami terus menguruskan anak2 - mandi, packing baju dan terus keluar dari rumah tepat jam 11am menuju pulang ke kelantan.

Nenekku meninggal. Pagi Ahad...sekitar jam 9am, 19 Februari 2012. Umi baru sahaja pulang ke kelantan pada minggu itu, dan ahad pagi tu Umi baru sahaja sampai di KL dari Kelantan. Sabtu petang, aku telefon umi dan kata Umi, nenek semakin sihat, makin ceria dan sudah lalu makan. Maka Umi decide utk pulang ke KL menaiki bas pada Sabtu mlm. Dan hari ahad keesokan hari, nenek sudah pergi menyambut Ilahi. Tanpa seorang di sisi. Makcik Yam yg selalu jaga nenek pun tiada waktu itu. Kata makcik Yam, pukul 8 lebih nenek masih ada...dia jenguk sebentar nenek sebelum keluar membeli sarapan dan ketika pulang ke rumah, dia tengok nenek sudah tiada. Urusan ajal dan maut, tidak cepat atau lewat barang sesaat.

Alhamdulillah, Umi pa dan adik dpt catch flight jam 1.30tgh hari. Hanya itu flight terawal yg sempat dikejar. Tatkala menerima perkhabaran dari kampung, umi sempat berpesan kpd tok imam, uruskan hal jenazah secepat mungkin tapi kalau boleh umi minta tunggu dia sampai sebelum jenazah dikebumikan. Syukur umi sempat melihat wajah arwah, memandikan arwah dan sebagainya. Kata umi, wajah arwah nenek tampak tenang, bersih dan cantik. Insya Allah, arwah pergi dengan senang. Jenazah selamat dikebumikan jam 5pm.

Family aku, abang dan sepupu kami sampai waktu Maghrib. Hb dah cuba drive selaju mungkin (tapi tetap cermat), tapi bukan rezeki kami utk menatap wajah arwah. Selepas Isyak, tahlil diadakan...juga buat 2 malam seterusnya. Kami anak beranak menguruskan hal tahlil, dgn bantuan jiran dan kawan arwah, syukur semua majlis selesai dan lancar. Insya allah, akhir bulan Mac kami akan pulang semula ke Kelantan utk kenduri tahlil hari ke 40. Kata imam, hari ke-40 roh akan datang ke rumah, dan pulang semula ke tempat asal buat selama-lamanya. Jadi seeloknya kita menghantar roh pulang dgn bacaan doa utk mendoakan kesejahteraannya di alam sana.

Kata Umi, dia bersyukur dan puas dapat menjaga nenek..walaupun di saat2 terakhir umi tiada di sisi. Kata Umi nenek pasti gembira kerana bukan setakat anak cucu tapi cicitnya turut mensedekahkan bacaan Yassin buat nenek. Pesanku kepada Idlan, jika mama dan abah tiada nanti jangan lupa sedekahkan bacaan Yassin dan doa kpd kami...kerana doa dari anak2 yg soleh sedikit sebyk dpt meringankan dosa dan azab yg ditanggung nanti, selain amalan si mati itu sendiri.

From Allah we came, to Him we return.
Tolong sedekah Al-Fatihah buat arwah nenek saya, Che Jah bt Awang Besar.
Moga arwah tenang di alam sana, dan ditempatkan di sisi para solihin olehNya.

tq semua.

2 comments:

aida said...

insya Allah, nenek dapat mengucap syahadah juga tu walaupun tiada sesiapa di sisi ketika waktu pergi

al Fatihah

Smiley said...

semoga arwah tenang di sana ..insyallah ditempatkan bersama para solihin aminn