18 May 2010

rambling org sakit

MC yang agak membosankan gara2 diserang migrain attack sejak ptg kelmarin. Usai memvakum & mop rumah, ku cuma lepak2 tanpa membuat sebarang aktiviti yg berfaedah. Buka novel sekejap, kemudian rasa macam takde mood...jln cerita terlalu lambat & agak membosankan, tak seperti Jaja & Din :) Nak tido, kepala dah terlalu berat..mata taknak lelap. Nak iron baju utk next week, argh malas rasanya. Nak tengok tv, takde cerita yg menarik utk ditonton lagipun ku bukanlah kaki tv. Surf website TGV, tapi dekat wayang pun tiada cerita menarik. Pukul 12pm, ku membuat keputusan utk mengambil Idlan di tadika dan kami terus menuju ke Jusco berdekatan. Pekena lunch di food court, ku order curry mee manakala Idlan makan kuew tiow goreng. Selesai makan, singgah sebentar di groceries department utk membeli few things....paling penting stock ice cream seperti yg di bwh tuh :p Tak lupa ke SR membeli 2 ketul kek sebab dari kelmarin dah terbayang-bayang :) Hajat nak pergi ke bahagian ladies utk mencari cardigan baru sebagai pengganti cardigan biru tua ku yg tiba2 MIA ntah ke maner...tapi kaki dah penat, kepala pun masih berat...maka tak sampai 2 jam outing kami pun pulang.


p/s: Menyihatkan ke tidak ni yer???

Jam 5pm, ku baru sudah menghantar idlan kembali ke tadika utk sesi mengaji al Quran.
Kejap lagi kite masak spiral carbonara ok...khas buat anak2 ku yg lidah taste mat salleh :p
Sebenarnya dah 2 minggu berturut2 ku masak masakan melayu...so mama dia dah teringin pekena pasta cheese balik!!
Ha utk yg tidak tahu, AA dah start buat promo free seats bermula hari ini. Cepatla plan dan buat booking! Kami tidak ada plan untuk ke mana-mana (sob sob)...yelah macam mana nak booking kalau nama adik baby pun tarak?? Nak pakai tibai letak Adam, Ali, Abu, etc....tak sesuai gitu! Takkan nak travel dan tinggalkan baby dekat umi kots? kesian dia nak bf tercari-cari nanti...isk kejam mama dia kalau tinggalkan baby sebab kes pergi melancong hihi.
Tapi sebenarnya dlm hati ni meronta-ronta nak klik-klik mencari tiket free.....adesss ralatnya rasa!!!

4 comments:

areyou said...

yati, bukanke boleh add passenger lagi memandangkan baby mmg takde seatkan? so, rasanya no prob utk add on in future.. just my 2 cents

Farra Da Smiley said...

yes bby below 2 yrs no prob maaaa

mlm ni kami nak berusaha cari tix murah

y@tipruzz said...

infant kan still ade charges dia?
so probably time nk add tu nnt x dptla fare murah?

anyway travel period smpi may je...bb still kecik time tuh x sesuaiii jln :p

LiTtLe^m3 said...

x per.. nanti ada promotion lg tu adik baby pun dah besar skit. rehat2 dulu la ;). wahh kak farah ke GC ka?