31 July 2010
besday
Duhhh penat pk....idea tak muncul2.
Nak mintak Co*ch...ishh mahal sgt, konfem cik abe bolayan...pass.
Dinar? hmm lebih drpd budget jugak....pass.
Waffle maker? murah sgt....tak aci tak aci :p...pass.
Breast pump baru? hmm tak perlu...Swing ku masih boleh berfungsi dgn baik!
Husband suggest beli standing lamp memandangkan kami mmg nak cari benda tu....tapi tak aci jugak. Tu patut guna budget rumah :p....so pass.
.......
.......
.......
ahhh any idea kengkawan?
Ish mama ni sibuk pk hadiah diri sendiri...hadiah utk si kecil Firas pun kami belum beli hehe.
Takde idea jugak nak beli ape :p
Amir Firas nak ape ye sayang??????
Teringin nak beli lego yg besar2 gedabak macam dia selalu main dekat taska....tapi tak tahu nak cari kat mane.....mungkin next week boleh tanya cikgu dia kots :)
29 July 2010
flower ball?
1 stalk of white & big flower ball, another stalk of smaller version, plus some orange-colored flowers. Well to be frank it's my first time in life buying flowers and put it in our house...(ape kena mengena stress dgn bunga yer i also do not see the connection hoho)
and guess what....
my small boy mistakenly thought they were 'balls' right after he came back from school. He was about to touch and cabut the 'balls' sambil sebut 'bula bula!' but lucky dgn pantasnya i shouted 'firas don't touch!'....terus mamat tu terkejut n tak jadi pegang :p
the whole view....the flower ball after being combined with my existing ranting2 kayu. Does it looks ok to you...or serabut? ntahla seriously me got no skill to evaluate the artistic value for things like these tapi Pruzz kata ok jer :p
It's either me picking up the wrong choice...or something wrong with the flower's design haha
Lepas ni confirm tak boleh beli bunga dah!
bebelan di pagi khamis
Disebabkan itu, terpaksala kita potong kek sehari awal.
Macam ni kena mintak kek 2 tingkat baru berbaloi ekkk??? Bwh utk mama, tingkat atas utk Firas :)
Anyway, our initial plan to invite neighbours and close friends for Firas's birthday may need to be scrapped off (tho i've listed down the menu like few weeks ago & have bought the ingredients to make the cake & cup cakes :p). Both of us just don't have the mood for anything now. Me too tired with the work loads, stress with 1001 karenah of some users, i couldnt stop thinking about the baby's breech position tho some say it's still too early....yada yadaa. MOH is pretty tight too with work n whatnots. So we may just hold a makan-makan amongst family members, exactly like last year. Of course we'll still buy the party packs and hang the balloons since both my kids luv balloons very much, in fact they can really fight with each other just to win over one balloon!
On unrelated note, does any one know where to get a nice and modern-look standing lamp which is not too pricey?
27 July 2010
petua mendidik anak yg soleh
Untuk si anak:
1. kurangkan tgk tv (bab ni mmg kami kena improve, idlan terlalulah byk tgk tv..lepas ni kami kena set kan timing utk tgk tv)
2. tanamkan sifat rajin membaca (yg ni pun Idlan agak kurang minat...kami mmg kena pupuk minat membaca tu!)
3. ilmu asas masa anak masih kecil adalah ilmu tauhid...ajar anak mengenal dan sayang kpd Allah, rasul, para nabi, rukun iman, etc.
4. rajin menyuruh anak membaca al-Quran
Untuk si ayah & ibu:
1. Utamakan solat berjemaah, kalau tak dpt di surau..di rumah pun jadilah
2. Utamakan makan berjemaah...kata ustaz mujurlah Allah wujudkan bulan Ramadhan setahun sekali, kalau tidak ada keluarga yg langsung tidak duduk semeja mkn seisi keluarga!
3. Tangan laju tidak mengapa...tapi mulut janganlah laju (i.e. menyumpah2 anak, menyebut perkataan yg tidak elok bila memarahi anak, kata2 ibu ayah itu adalah doa)
4. Anak2 itu adalah copycat kepada ibu ayah mereka....kalau teruk seseorang anak tu, haa macam itu jugalah teruk didikan ibu ayah mereka.
Itu antara yg aku masih ingatlah. Kata ustaz, ada seorang tokoh terkenal islam ni...kunci kejayaan anak2 dia cuma satu, iaitu diwajibkan anak itu bersolat sedari usianya masih kecil lagi.
24 July 2010
Seri Abim dan Nilai 3
Akhir sekali, rod besi berwarna hitam untuk dimatchingkan dgn langsir.
Rod lama kami berwarna coklat, sungguh tidak 'in' dengan warna langsir baru huhu
Ada lagi beberapa benda nak cari, tapi tiada yg berkenan di hati....terpaksala teruskan jalan2 cari 'barang' di tempat lain pulak lepas ni
adik oh adik...
Anyway, i received my online purchase yesterday. Very fast shipping, if i'm not mistaken within 2 days after i placed the order and made the payment. Below in the list are 3 ice packs, 8 5oz bottles Bumble Bee, 1 medela breastshield, 1 tubing, 1 valve head and 1 membrane. And i got free gifts some more...1 red steady cup & 2 more Bumble Bee bottles. All for only RM137 including shipping..memang berbaloi-baloi!
22 July 2010
sudden transformation
Scary huh?
..........
..........
..........
Stay tune for more updates okie :)
21 July 2010
30th weeks....
And yesterday, after few minutes of blog hopping from few online baby stores, here goes my list of items to buy in preparation for our next baby:
1. Bumble Bee 5oz bottles (8 bottles)
2. Medela breastshield
3. Medela valve head & membrane
4. Medela tubing
5. Stylo mama ice packs (3)
6. Jamu
The cheapest bargain i found so far is from www.onebabyworld.com (website given by Farra).
I still have lots of 'bekas dadih' which was bought during Firas's time, this can be my EBM container during the confinement. Oh ya, apart from the above, i also wish to get a pouch sling but this can be purchased somewhere later...saja nak merasa jadi mama bergaya carrying the baby with a sling around the mall :p
On another notes, tomorrow is the 'big' day. Can't wait to go back home and see the final outcome!
19 July 2010
sup urat ketin #3
Tapi sori macik baru perasan terlupa amik gambar sup & makanan2 lain. Asyik sgt makan sampai terlupa... next time i promise okeh!
Komen kali ini : sate kat sini memang best. Pada kami lagi sedap dari Samuri...size besar, sos yg diperap pun sedap, harga sama 60sen/secucuk.
Lokasi: Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
18 July 2010
Balik rumah flat giler...satu badan acik sakit!!
16 July 2010
Tioman - Day 3
Malangnya feri kami tak punctual, bayangkan jam 2.45pm baru kami berjaya naik feri. Isk mmg panas betul hati…kesian kat kekanak sebab penat menunggu, dahlah takde tempat duduk disediakan..so terpaksa berdiri/duduk atas luggage memasing. Dalam feri, idlan dan firas terus tido sebab kepenatan hinggalah kami sampai di jeti Tg Gemuk jam 4.30pm. Singgah di duty free shop utk beli fridge magnet dan t-shirt, then kami semua berhenti solat jamak zohor dan asar…dan teruskan perjalanan pulang ke KL. Family Farra dan Ijah berhenti makan seafood di Leban Chondong, kami tak join sebab masih kekenyangan. Jam 9pm++, berhenti di R&R Seremban utk solat jamak maghrib dan isyak, dan akhirnya jam 10.10pm kami selamat tiba di Tmn Sutera. Aku dan kekanak cuma dinner makan tuna sandwich, biskut2 and kek Apollo…Alhamdulillah kenyang. Pruzz plak tapau kebab di R&R dan makan dalam kereta sementara aku pergi solat. Kekanak dari maghrib dah tido hinggalah sampai ke rumah, dan terus sambung tido hingga keesokan paginya. Sampai di rumah, terus rendam baju2 kotor…kemas bag sikit2…then off to bed. Esoknya tu satu badan sakit dan lenguh2….kebetulan aku memang ada appointment utk buat detail scan dengan pakar scan, so alang2 tu terus mintak mc dari gynae ku :)
Kesimpulannya, percutian kali ni memang best. Setelah 8 tahun tidak berkecimpung dgn aktiviti pulau (kali terakhir kami ke Pulau Tinggi, Johor right after graduation), akhirnya trip kali ni termaterialise jua (ini pulau ke-enam ku selepas Pangkor, Perhentian, Redang, Kapas, dan Tinggi).
Jika dulu kami masih bercouple, pergi pun reramai dgn kengkawan..kali ni kami ditemani anak2 yg comel. Memang berbeza suasana percutian kali ni, tapi tetap seronok…bila dah berkahwin yg penting pergi ke mana-mana anak2 mesti happy! Harap2 bila kekanak besar nanti tradisi pulau ni akan mereka teruskan bersama rakan2 mereka…dan kami si ibu ayah pasti akan join sekaki ngeh ngeh!! Yang terakhir dan paling special, adik baby pun dah merasa turun ke laut!
Sekian cerita cuti-cuti Malaysia kami kali ini. Percutian terakhir bagi tahun 2010, lepas ni Ramadhan dah nak tiba…kemudian Raya…kemudian mak buyung nak start berpantang….tup tup 2011 pula bakal menjelma.
So geng2 pulau sekalian, tahun depan Redang la plaks ade bran???
budok busyuk baru bgn tido
nice landscaping
15 July 2010
A lot more larger than my previous one, this time around i took the ruler and measure first before placing the order...to make sure the size is as big as what i expected.
It shall be my last purchase for this yr anyway...no more bags after this plizzz!
Let's move on and concentrate on baby items plakss lepas ni :p
Tioman - Day 2
Usai menikmati buffet breakfast di kafe resort, kami terus balik tukar baju, dan bersiap sedia ke jeti untuk snorkeling trip. Trip dijadualkan dari jam 9am-1pm, di dua tempat iaitu Pulau Renggis dan Marine Park. Kanak2 sangat excited dengan life jacket masing2, perjalanan ke pulau renggis memakan masa dlm 1/2jam kot, lupa dah :p Dalam bot kami adalah beberapa orang Chinese couples yg turut serta dlm snorkel trip ni. Sampai di Pulau Renggis, bot diberhentikan…dan sorang2 ahli bot terjun/turun melalui tangga bot untuk ke tengah laut melihat keindahan ikan2 yang berwarna-warni dan batu karang di dasar laut. Cik abe ku merupakan orang pertama dlm group kami yg terjun, diikuti dengan Zahan, dan last skali Dman. Mommy2 semua tunggu atas bot jaga kekanak.
Then, mommy pertama Ijah turun ke laut…after few minutes Ijah dah selamat berenang dan snorkel ke tengah. Mommy kedua (aku la tuh hehe) turun perlahan2 dari tangga bot, sampai ke bawah tangan kanan masih memegang tangga bot manakala tangan kiri kulepaskan perlahan-lahan. Bila jenguk muka ke dalam air, masya Allah kecut perut macik!!! Dalamnya air dan dasar laut tuh!!! Macik terus kaget…few minutes jugakla menyelamkan muka ke dlm air tu sambil kumpul kekuatan dan semangat berani utk melepaskan tangan…tapi still tak berani kuang kuang kuang. Makin lama tekanan dari bawah bot makin menarik2 badan ke bawah bot….uihhh macik bertambah cuak nak lepaskan tangan. Amoi cina sebelah aku pun tak berani nak lepaskan tangan dia, sedangkan pakwe dia dah selamat tinggalkan dia snorkel ke tengah. Cik abe ku bukan main kasik semangat…tapi still tak berani! Si idlan bukan main ejek cakap mama ni dah besar pun penakut lagi! Dalam otak ni duk berfikir, kalau hanyut siapa nak selamatkan? Kalau termasuk bawah bot lagikla haru! Last-last dengan terkepot-kepot macik panjat balik tangga bot naik ke atas hohoho….kesimpulannya macik cuma snorkel di tepi bot je kuikuikuiii..malu malu!
Teringat peristiwa di Redang/Perhentian dulu, dek kerana sibuk nak mengikut Pruzz pergi ke tempat dalam, tak sedar yang aku dah berada jauh daripada bot. Akibatnya, diri sendiri dah tak larat nak berenang patah balik ke bot. So Pruzz pun tolonglah tarik aku. Then dia tak larat, kengkawan laki yg lain sorang2 tolong rescue aku…Tapai, Farul, dan sape ntah lagi. Malu ai tau!!! Hehehe tapi dulu takpe sebab kengkawan ramai….ni Cik abe takde nak tolong sebab duk kat atas bot jaga Firas, takkan nak mintak tolong abg bot…malu seh!! (semua tu antara alasan2 kukuh nak justify macik yg takut nak turun snorkel kali nih :p) Mommy ke-tiga Farra memang taknak turun langsung…malas katanya, sebab nak jaga Muaz (alasan jugak ni :p). Maknanya cuma Ijah je lah mommy bravo pada hari itu….syabas met!!! Bila dah lama sangat kekanak dah start rasa bosan sebab depa cuma boleh duduk atas bot memerhatikan ayah2 snorkel. After 1 hr kot bot bertolak ke destinasi kedua, iaitu Marine Park. Abang bot kata kat situ lagi dalam (tadi kat Renggis kedalaman air 7mtr…tinggi macik cuma 1.6mtr, logikla kan rasa cuak hehehe). Bila dengar lagi dalam, ahh dalam hati dah tersemat “confirm aku takkan turun snorkel!”. So dekat marine park cuma ayah2 yg turun, manakala mommy2 semua bermain di tepi pantai di kawasan marine park tu. Kekanak bukan main hepi, yelah dari tadi derang dah tanya bila boleh mandi nihhhh. Pruzz kata kat Tioman coral tak banyak dan kurang cantik berbanding Redang dan Perhentian…so next time tak payah datang lagi la kots. On the way balik ke resort, masing2 dah kepenatan/mengantuk. Sampai di resort, kami tapau makanan utk lunch, dan cuma makan di bilik. After mkn, semua terbongkang.
Petang, sekali lagi kami turun ke pantai. Kekanak pulun mandi lagi…idlan dah terer swimming dan terapung sbb ade life jacket. Mommy2 semua snorkel (tepi pantai berani ok hehe) tapi malangnya kali ni ikan tak berapa banyak sebab air agak pasang. Bila baling roti, barulah banyak ikan2 yg muncul segerombolan. Kali ni jam 7pm++ baru kami naik, tu pun puas pujuk kekanak untuk stop mandi. Dinner, kami makan di restoran lain pulak, dan kali ni harga dan taste makanan much better compared to gerai pertama semalam. Makanan melayu ada, western pun ada. Datang jauh2 tapi aku Cuma order maggi kari sup…hehe sedap tau makan panas2…dahla sejuk sebab hujan tiba2 turun dengan lebat malam tu, so kami lepak (read: stuck) di restoran agak lama. Pekena teh tarik yg kaw…uhh sedap! Last2 bila hujan agak reda kami redah je untuk balik ke resort. End day 2.
cam honeymoon plaks :p
14 July 2010
Tioman 10-12 Julai 2010 - Day 1
Back to Tioman, cuma 3 keluarga yg join (yatipruzz, dmnfarra, ijahzahan) untuk cuti2 malaysia kali ini. Pagi Sabtu tu, aku bangun seawal jam 4am untuk menyediakan nasi goreng, sambal tempe & ikan bilis, nugget, dan sandwich sardin…kesemuanya siap dibubuh dlm bekas plastic untuk ditapau dan dimakan dalam perjalanan. Jam 5.30am idlan dah bangun, so kami suruh dia mandi siap2. Jam 6.40am, kami bertolak keluar dari rumah, masuk tol PLUS, dan exit di Seremban/Labu sebelum meneruskan perjalanan ikut jalan dlm (Kuala Pilah-Bahau-Muadzam Shah-Kuala Rompin-Tg Gemuk). Berhenti di area Kuala Pilah untuk breakfast bersama group konvoi yang lain (kami makan nasi goreng yg ditapau dari rumah tadi). Dan perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke jeti Tg Gemuk around 11.15am, just in time untuk naik feri pada jam 11.30am. Parking fee RM10/night/car, tiket marine park adult RM5, kids dia kasi FOC :p Tiket feri to and fro agak mahal, adult RM70 manakala kids RM60. Feri bertolak jam 11.45am, memakan masa hamper 1.5jam untuk sampai ke chalet kami iaitu Paya Beach Resort.
First impressionku, resort kami sangat cantik! Resort sebijik-sebijik, terletak di atas paya/kolam yg dipenuhi ikan2, pada aku landscaping dia agak menarik. Keadaan interior pun not bad, kami book triple room yg dilengkapi dengan 1 queen bed, 1 single bed dan 1 single pull out bed, just nice utk kami sekeluarga. Harga bilik RM240/night. Lepas check in kami terus rehat (read: terbongkang sebenarnya) sebab kepenatan, kecuali idlan yg langsung taknak tidur sebab excited nak mandi laut! Rakan2 lain keluar untuk lunch, kami cuma menghabiskan stok nasi goreng dan sandwich yg masih banyak berbaki (ni lah untung kalau bawak byk makanan hehe). Jam 4pm++, Pruzz dan Dman dah keluar untuk survey harga snorkeling gear, dan depa terus buat booking boat utk snorkeling trip keesokan harinya. Charge snorkeling RM35/adult, kids foc. Charge utk goggle dan life jacket RM15/set, kids pun diberi foc.
Jam 5pm++, kami dah turun ke laut. Kids memang happy giler, idlan buat pertama kali pakai life jacket. Firas takde size…so no jacket for him lah :p Pruzz dan Dman start snorkel dulu, dekat tepi pantai pun dah boleh nampak banyak ikan. Cumanya ikan takdelah colourful sangat macam kat tempat air dalam. Kids main air dan ‘berenang-renang’ di tepian pantai. Time ni Idlan, Mus’ab dan Mawaddah dah warming up dan mula start kamcing. Mula2 jumpa pagi tadi derang still malu2 kucing, tak bertegur sapa langsung :p Mommies2 bertukar snorkelling gear dgn hubby masing2 and take turn utk snorkel. Kat tepi pantai ni, aku memangla berani…yelah kaki masih boleh jejak ke tanah, so takdela rasa takut. Tapi esok time snorkel kat laut dalam….haaaah kecut perut den!! Firas as usual, memang tak takut air…pelampung mmg dia tak layan, dan kaki asyik berkuak2 macam org swimming. Rasanya kalau kami hantar dia kelas swimming, confirm dia cepat terer :) Bila dah maghrib, kitorang pun baliklah ke bilik.
Malam lepas solat, kami keluar dinner di gerai2 di luar resort. Harga makanan ok, takdela mahal…nasi goreng/mee goreng dlm RM5-5.50 sepinggan. Kanak2 tak makan sgt, sibuk berlari-larian and bermain dengan geng depa. Lepas mkn, kami terus balik bilik, rehat dan tidur. Kumpul tenaga untuk hari esok pulak yer!
Kita layan gambar dulu, nanti2 sambung next entry plak...macik tgh bz nih hehe
home made breakfast yg siap dibubuh dlm bekas plastik
Ration makanan dlm kereta...
13 July 2010
......................
........
.........
......
.........
.........
............
........
Idlan Farhan or Amir Firas junior in the family!!!!
kuang kuang kuanggg :p
Nenek-nenek & atuk-atuk sekalian, jangan la frust sangat yer.
Mak Ude, kitorang kasik can you don't go overboard spending unnecessarily and spoilt the baby!
Anyway, I sure it's gonna be loads of fun to have another boy in the family :)
Mama will still remain as the queen of the house;
Memanglah takde orang nak tolong mama basuhkan pinggan;
but am i not lucky enough to have 3 bodyguards when all of them grow up?
My first appointment dgn gynae last friday memang sangat menyeronokkan.
Ahhh kita berjumpa lagi mama!! kata doktor kesayanganku.
Eh doc ingat lagi kat saya yer.....aku terus senyum tersimpul-simpul.
Yer, i still remember you as the one yang suke senyum dan gelak2 time dalam labor room, even tho you were in pain. You deliver baby yg ke-10 kan tak silap, the last baby on that day...mujur sempat 8.8 kan!
A'aa mujur sempat doc, kalau tidak menyesal induce! Kali ni saya taknak induce2 dah hehehe
09 July 2010
dinar
Each comes with its own certificate of authenticity, with its unique serial number.
Dinar sudah sampai, tapi yg 'satu' tu lagi masih belum kunjung tiba.
Penantian itu satu penyeksaan :p
Anyway lambaian pulau sudah memanggil kami. Insya allah subuh esok kami bertolak...kena cepat untuk mengejar feri jam 12 noon. Plan nak masak nasi goreng + nugget utk ditapau sebagai breakfast, dan sandwich, roti krim, serta biskut-biskutan sebagai back up sepanjang perjalanan. Maklumlah lalu jalan dalam, bukan tol...jadi mana nak ada R&R untuk beli makanan kan :) Harap2 si anak sulung ku berani la nak terjun snorkelling meninjau ikan2 yg comel dan cantik2 itu semua. Si Firas, iskk tak berani rasanya kami nak lepaskan dia. Umi ku bukan main risau, katanya ada ke budak kecik yg snorkelling di tengah2 lautan tu?? Doakan kami (yatipruzz, dmnfarra, & ijahzahan sekeluarga) semua selamat pergi dan kembali yer!
Petang ni check up pertama dengan O&G kesayanganku, siapa lagi kalau bukan Dr. Khamsiah. Rindu nak jumpa dia! hehe
06 July 2010
semak
Ni lah kerja dia waktu malam...kumbah mainan dari 3 storage box!
Dah perasan mama snap gambar dia....
Lepas kumbah mainan, jadi tempat duduk rasmi mereka berdua pulak!
Memang pening tengok mainan yg dilambakkan, tapi anda fikir perlu ke saya kemas setiap malam...atau clean up hanya berbaloi dilakukan di hujung minggu?
Apa yang kami perasan, si Amir Firas ni memang sedikit ganas berbanding si abang. Dia suka benar campak mainan keluar dari storage box tu. Lagi haru, diangkatnya satu kotak tu dan dituangkan kesemua isi-isinya ke atas lantai. Stress tau! Especially lepas saya kemas, dia buat dan buat lagi :p
05 July 2010
Restoran Sup Urat Ketin...
Niat asal malam tadi, teringin makan roti tisu/capati/roti nan di kedai mamak bersama teh tarik.
Setelah keluar, tidak sampai seminit perjalanan, plan ditukar ke Restoran Sup UK secara tiba-tiba. Sebenarnya dah selalu kami lalu depan restoran tu, tengok ramai orang..ahh pasti sedap nih! Dan malam tadi, impian terealisasi ewahhh. Kami order sup tulang, sup campur, nasi putih sepinggan (sebenarnya perut dah kenyang pekena roti bersama kaya sebelum keluar rumah hihi) dan sate ayam. Ada banyak lagi sup2 lain seperti sup daging, sup perut, etc, dan makanan bergoreng2. Kata pelayan kedai, sup urat ketin yang paling glamour, tapi kami takut nak mencuba....sebenarnya macam mana rupa urat ketin pun kami tak tahu kui kui :p
Komen - Supnya memang sedap dan power. Presentation A. Cuma kalau ditambah sedikit pedas lagi baru berpeluh2 dan bertambah power. Sate pun sedap, manis dan besar. Secucuk 60sen. Oh bab harga, sup campur RM9, sup tulang RM8...rata2 harga sup dlm RM7-9 semangkuk. Suasana kedai ok, luas dan tak stuffy. Selesa la utk membawa keluarga keluar makan...selesa sangat2 sampai si kecik kami siap merangkak dan meniarap di atas lantai (isk isk kami tahu kotor tapi dia bukan mendengar kata!). Kesimpulannya, insya Allah sebelum bersalin boleh pi pekena sup lagi skali! hehehe
03 July 2010
idea idea!
A minor face-lift to the house perhaps?
Muehehehehe kita tunggu!!!
p/s: Sian si adik baby, satu benda pun tak beli lagi untuk dia....mama bz sibuk beli benda lain. Takpe yer sayang, bila confirm gender nanti...kita boleh start shopping utk awak yer!
productive weekend
ayam yg sudah diperap dgn bawang besar, bwg putih, kicap, sos tiram, black pepper & garam
Dah siap, cuma ada mushroom & tomato....capsicum di tesco sumer macam dah layu-layuan :p
Blueberry oreo cheesecake. Dalam tu ada quartered oreo biscuits seperti yg diminta oleh si tuan yg order. It's for Ecah/Sha...katanya dia kawan kepada si Aida dan Aini, dan slalu nampakku di An Nur dulu2 tapi tak pernah bertegur sapa. Dia cakap dah lama nak order cheesecake dari ku....tapi sejak ku operate Ogos last year, hinggalah sekarang dah lama tak bukak email Hot Stove. Bila Sha sms kata dia ada email...baru la ku jenguk email tu yg dah penuh semak samun :p Gembira betul Sha bila ku setuju nak buat cheesecake utk dia...gaya dia tulis dalam email tu macam excited sangat2. To Sha, kalau sedap kek ni alhamdulillah...kalau tak sedap akak mintak maaf...senyap2 udah la eh hehehhe