27 July 2010

petua mendidik anak yg soleh

Ni antara isi-isi menarik yg dikupas oleh ustaz sempena ceramah anak soleh di surau tamanku minggu lepas....banyak yg terkena pada batang hidung sendiri, insya Allah lepas ni kami berdua kena improve byk benda dlm bab mendidik anak-anak ni.

Untuk si anak:
1. kurangkan tgk tv (bab ni mmg kami kena improve, idlan terlalulah byk tgk tv..lepas ni kami kena set kan timing utk tgk tv)
2. tanamkan sifat rajin membaca (yg ni pun Idlan agak kurang minat...kami mmg kena pupuk minat membaca tu!)
3. ilmu asas masa anak masih kecil adalah ilmu tauhid...ajar anak mengenal dan sayang kpd Allah, rasul, para nabi, rukun iman, etc.
4. rajin menyuruh anak membaca al-Quran

Untuk si ayah & ibu:
1. Utamakan solat berjemaah, kalau tak dpt di surau..di rumah pun jadilah
2. Utamakan makan berjemaah...kata ustaz mujurlah Allah wujudkan bulan Ramadhan setahun sekali, kalau tidak ada keluarga yg langsung tidak duduk semeja mkn seisi keluarga!
3. Tangan laju tidak mengapa...tapi mulut janganlah laju (i.e. menyumpah2 anak, menyebut perkataan yg tidak elok bila memarahi anak, kata2 ibu ayah itu adalah doa)
4. Anak2 itu adalah copycat kepada ibu ayah mereka....kalau teruk seseorang anak tu, haa macam itu jugalah teruk didikan ibu ayah mereka.

Itu antara yg aku masih ingatlah. Kata ustaz, ada seorang tokoh terkenal islam ni...kunci kejayaan anak2 dia cuma satu, iaitu diwajibkan anak itu bersolat sedari usianya masih kecil lagi.

1 comment:

Farra Da Smiley said...

ok baiklah..mahu diamalkan ..mekasehhh