16 July 2010

Tioman - Day 3

Kali ni jam 730am kami dah turun breakfast. Lepas breakfast terus turun ke pantai untuk mandi buat kali terakhir sebab by 10.30am kami dah kena check out. Air agak pasang dan dalam, so tak berani nak snorkel jauh2. Kali ni Farra, Dman dan baby Muaz tak mandi…depa dah pulangkan snorkel set and jacket. Kekanak lain pulun lagi termasuklah firas…sampai terketar-ketar bibir tapi still taknak naik :p Anyway dalam pukul 9.30am kami dah naik ke bilik, bersihkan diri, packing, dan by 10.30am dah ready utk check-out, malangnya hujan turun pagi tu …lebat pulak tu…so stuckla dekat bilik. Last skali dalam jam 11am kami redah je utk check-out, dan lepak di lobi resort hingga jam 12noon. Then pergi ke restoran kelmarin utk lunch, dan by 1pm kami dah berada di jeti utk tunggu feri seberang ke Tg Gemuk.

Malangnya feri kami tak punctual, bayangkan jam 2.45pm baru kami berjaya naik feri. Isk mmg panas betul hati…kesian kat kekanak sebab penat menunggu, dahlah takde tempat duduk disediakan..so terpaksa berdiri/duduk atas luggage memasing. Dalam feri, idlan dan firas terus tido sebab kepenatan hinggalah kami sampai di jeti Tg Gemuk jam 4.30pm. Singgah di duty free shop utk beli fridge magnet dan t-shirt, then kami semua berhenti solat jamak zohor dan asar…dan teruskan perjalanan pulang ke KL. Family Farra dan Ijah berhenti makan seafood di Leban Chondong, kami tak join sebab masih kekenyangan. Jam 9pm++, berhenti di R&R Seremban utk solat jamak maghrib dan isyak, dan akhirnya jam 10.10pm kami selamat tiba di Tmn Sutera. Aku dan kekanak cuma dinner makan tuna sandwich, biskut2 and kek Apollo…Alhamdulillah kenyang. Pruzz plak tapau kebab di R&R dan makan dalam kereta sementara aku pergi solat. Kekanak dari maghrib dah tido hinggalah sampai ke rumah, dan terus sambung tido hingga keesokan paginya. Sampai di rumah, terus rendam baju2 kotor…kemas bag sikit2…then off to bed. Esoknya tu satu badan sakit dan lenguh2….kebetulan aku memang ada appointment utk buat detail scan dengan pakar scan, so alang2 tu terus mintak mc dari gynae ku :)

Kesimpulannya, percutian kali ni memang best. Setelah 8 tahun tidak berkecimpung dgn aktiviti pulau (kali terakhir kami ke Pulau Tinggi, Johor right after graduation), akhirnya trip kali ni termaterialise jua (ini pulau ke-enam ku selepas Pangkor, Perhentian, Redang, Kapas, dan Tinggi).

Jika dulu kami masih bercouple, pergi pun reramai dgn kengkawan..kali ni kami ditemani anak2 yg comel. Memang berbeza suasana percutian kali ni, tapi tetap seronok…bila dah berkahwin yg penting pergi ke mana-mana anak2 mesti happy! Harap2 bila kekanak besar nanti tradisi pulau ni akan mereka teruskan bersama rakan2 mereka…dan kami si ibu ayah pasti akan join sekaki ngeh ngeh!! Yang terakhir dan paling special, adik baby pun dah merasa turun ke laut!

Sekian cerita cuti-cuti Malaysia kami kali ini. Percutian terakhir bagi tahun 2010, lepas ni Ramadhan dah nak tiba…kemudian Raya…kemudian mak buyung nak start berpantang….tup tup 2011 pula bakal menjelma.

So geng2 pulau sekalian, tahun depan Redang la plaks ade bran???


budok busyuk baru bgn tido

nice landscaping

stranded sbb hujan lebat

posing wajib


western food pun ade dekat pulau tau :p

kekanak bosan menunggu feri yg tak kunjung tiba

macam pelarian yang bergelimpangan

view from the jetty

2 comments:

Farra said...

terliuq plak tgk western fud tu ! haha

atulhani said...

teringinnya nak gi tioman... huhu