30 October 2011

Derma Pembinaan Masjid Tmn Sutera Kajang

STICKY POST!!!

Salam Buat Pembaca Blog yg dihormati,

Saya bagi pihak surau & komuniti Taman Sutera Kajang (tempat tinggal saya) ingin menyeru dan mempelawa sesiapa yg ingin memberi sumbangan ikhlas bagi tujuan membina masjid di kawasan perumahan kami. Info seperti di bawah. Tidaklah ditetapkan mesti menderma sebanyak RM50, tapi bagi sesiapa yg menderma sebyk RM50, pihak surau akan memberikan sekeping sijil wakaf sebagai tanda. Maknanya, kalau nak pakat2 bersama kawan2 pun boleh. Nak derma RM1 pun boleh! (cumanya anda tidak dpt sijil wakaf, tapi saham akhirat tetap anda dapat, yakinlah Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui).

Moga kita semua sama2 mendpt manfaat dari info ini.

Rebutlah sijil simpanan premium akhirat ini sekarang (hehe kereta Merc tak dpt, tapi insya Allah lebih byk yg bakal menanti di kemudian hari) ...sementara hayat masih di kandung badan, sementara kita masih mampu mengeluarkan sejumlah wang di atas rezeki yg Allah beri kpd kita selama ini.

Apa2 boleh contact saya, atau Pruzz ok.
Mohon hebahkan kpd rakan2 budiman anda sekali.
TQ semua!!



MASJID TAMAN SUTERA
Tawaran membeli sijil waqaf untuk pembinaan Masjid Taman Sutera ------------------------------​--------------------------- Adalah dipelawa kepada Dato'/Tuan/Puan/En./Cik untuk membeli sijil waqaf yang bernilai RM50 bagi satu sijil bagi tujuan menampung dan mengumpul dana bagi pembinaan Masjid Taman Sutera di atas lot 44699 & 44698 Jalan 2/3 Taman Sutera, Kajang
.


3 comments:

Kopi Suam said...

Haritu yang collection ke rumah tu untuk bulan Ramadahan yek yati

y@tipruzz said...

Yer kak..ni utk masjid plak different collection

Anonymous said...

Tolong nombor akaun bank masjid