07 October 2010

Ammar & jaundice

Alhamdulillah Ammar dah discharged pagi tadi dari An Nur. Warded since 5pm, hari Selasa.
Sebelum tu dah 3x kami ke hospital utk ambil bacaan jaundice dia...tapi masih dlm paras terkawal. Cuma selasa tu, tiba2 jaundice dia spike ke bacaan 16.8, which above the threshold (>14) dan terus ditahan diwad utk fototerapi. Bila diberitahu yg wad semua dah penuh, aku dah mula mengalir air mata...buntu memikirkan macam mana nak bf Ammar. Husband check dekat Az zahrah & KPJ Kajang, pon wad penuh. Prosedur An Nur, untuk kes macam ni si ibu dikira sebagai 'lodger' (bukan patient), dan jika ada bilik kosong pun, ibu kena keluar jika ada patient lain yg nak masuk. Lagilah sebak bila dgr macam tu. Lama kami berfikir, siap terfikir kalau duduk di hotel berhampiran ok tak...tapi leceh juga sebab nanti pruzz kena ulang alik hantar aku ke hospital, dan bukannya kita tahu Ammar tu nak feeding setiap brape jam kan? Ikutkan hati nak je aku drive sendiri, tapi sure Umi marah..sbb baru masuk hari ke-7 berpantang.

Akhirnya kami decide untuk stay di An Nur, Ammar masuk nursery utk fototerapi, sementara aku duduk di surau, dan berdoa supaya ada lah bilik yg kosong. Kalau ditakdirkan takde bilik kosong, tidur di surau lah jawabnya. Dari jam 5pm-7pm aku lepak di surau...pruzz balik rumah ambil barang2ku dan pick up kids dari nursery. Dalam lif, terserempak dgn Dr. Kham...aku inform la yg si Ammar kena warded. Dr cakap, "mamanya walaupun muka sedih masih boleh tersenyum". Pruzz boleh pulak sambung.."Dr tak tengok tadi air mata dah bercucuran...."...isk isk jatuh imej aku :p Aku sempat sms kpd Umi ckp Ammar warded (tak nak call, sebab kalau call sure aku menangis punyer!) Tak sampai 5 minit Umi call...dan apa lagi drama air mata dlm surau tu :p Sempat juga aku sms kpd Semah tanya perihal Ariff time warded dulu & inform dia pasal Ammar....again berlinang air mata time bertukar2 sms tu, especially bila Semah punya words tu berbau kata2 simpati...isk aku bila org kesian, lagiklah aku rasa sedih! Memang emosi sgt tidak stabil malam tu huhuhu

Alhamdulillah, jam 7pm bilik ada yg kosong. 4-bedded room pun jadiklah! At least dptlah berbaring dan berehat atas katil. Sepanjang malam tu Ammar bgn byk kali, bila duduk bawah lampu panas...jadi dia kerap dahaga la kots. Ditambah dgn bunyi bising baby2 yg menangis dlm nursery tu, mungkin sebab tu tidur tak lena. Penat juga aku nak berulang alik dari bilik ke nursery, baru nak lelap mata..tiba2 nurse dah panggil ckp Ammar nangis. Kalau dekat rumah Ammar cuma bgn dlm 2-3x, malam tu every 1.5hr dia bgn..kadang tu tak sampai sejam dia dah bgn. Huish mmg lalok kepala aku mlm tu! Itu belum termasuk gangguan dari visitor penghuni ward tu yg sangat bising. Bayangkan jam 12am pun masih ada yg dtg melawat isk isk...mmg tak boleh tidur dgn aman. Tapi terpaksa sabar jelah...adat berkongsi kan :p Malam tu, Pruzz dtg dgn kekanak utk hantar brg2ku..sempatla kami ke restoran Kelisa di hujung hospital utk mkn malam (ni kalau Umi tahu aku dah berjln2 ni sure dia bising :p). Time nak balik, firas menangis....uh uh lagikla mama bertambah emosi! Kata pruzz, firas menangis dari hospital sampailah ke rumah...sampai termuntah dan tertido. Sedey kan!!

Hari Rabu, jaundice Ammar turun ke level 13.5. Fototerapi diteruskan, dan rutinku ulang-alik ke nursery diteruskan. Sepanjang berada di nursery, macam2 perkara baru (tak lupa gosip!) yg dapat ku perhatikan, especially tentang perihal tugas nurse yg menjaga baby2 ni. Tugas dan cabaran2 mereka ni, nanti aku tulis dlm next update yer :)

Dan pagi ni, bacaan jaundice Ammar turun ke level 10.8. Dr Ar kata dah boleh discharge, sebab kalau duduk ward pun tak guna, tak boleh letak bawah lampu kerana menyalahi prosedur. Dr kata let the physiology of his body to work by itself...sbb jaundice ni memang tidak ada treatment lain except fototerapi jika exceed certain threshold. Lain drpd itu, memang kena berharap agar hati baby tu dpt function properly dan cepat mature untuk membuang excess bilirubin dlm darah dia. Selepas 3 hari, kena pergi follow up utk ambil level jaundice lagi sekali...harap2 tak naik dah lepas ni. Aku masih risau, memandangkan Ammar didiagnos ada G6PD Deficiency (yg ni akan ku ceritakan nanti) yg mana dia ada potential utk mendpt jaundice yg tinggi. Apa2 pun, semua ni dugaan dari Allah...dari Dia lah dtgnya penyakit ini..dan kepada Dia jugalah kita memohon utk sembuhkan penyakit ini.

Apa pun, alhamdulillah lega dpt pulang ke rumah!

Betul kata k.Tini...duduk di hospital, tak payah buat kerja rumah, tak payah layan karenah anak2 yg lain, makan minum free hospital kasik....

tapi bagiku rumah juga yg selesa.

Being maidless, dan berpantang sorang2 di rumah...hakikat penat tu memang tidak dpt dinafikan! Kena basuh kain, sidai kain, cuci pinggan, masak, uruskan baby...uishh byklah keje...tapi dgn bantuan hubby yg ringan tulang dan sangat memahami, insya Allah semua tu pasti bisa diatur! Lagipun, confirm cepat kurus lepas ni :p

9 comments:

LiTtLe^m3 said...

kenapa saya rasa nak nangis baca entry ni... kalau lah rumah saya dekat.. insyaallah saya tolong apa yg patut.. alahai... hebatnya kak yati...

y@tipruzz said...

esok bila awak ade bby sendiri, sure bertambah emo, especially bila anak sakit...sedih sgt. 1st day warded tu everytime feed Ammar kite mengalir air mata...sensitif sgt. Mujur ade nurse dlm nursery tuh..kalo idak sure uncontrollable hoho :p

aida said...

yati, aku kan masa fateh nak lodge kat hospital tapi tak dibenarkan sebab infection mata teruk sangat.. aku nangis siang malam kat rumah, baby kat spital.. suami aku p hantar susu ibu, pastu depa bagi botol pulak, padahal aku cakap dah bagi dengan sudu.. wah syahdu masa fateh, serius macam2 cabaran.. pantang sendiri lagik

myjuliana said...

yatie, 1st, congrats for the new arrival.. sorry lambat wish sbb kelam kabut nak balik and baru settle down kat rumah..

2nd, sorry for Ammar's jaundice.. Faris pon pernah kena jaundice tinggi dulu, sgt memahami perasan awak.. ingatkan awak pantang kat rumah mak awak, taknak berpisah dgn budak2 eks?

Farra said...

aku yg tade pengalaman bby warded sbb jaundice ni pon asik berdrama air mata jugak masa bby kene cucuk amik darah..haha..inikan pulak ngko kan? aduhai..ada la ganjarannyer later days nnti

G6PD Deficiency - adik beradik deman 2 org ada ni..sihat je dah besar gabak..hanya kene pantang makan saje ..fikirkan yg positif ye!

apapon aku tetap tak suke dok lelama kat spital..mmg btol la umah lg selesa tak kesah la umah bersepah2 eheheh

weh ko masak apa ek? tumbuk2 taleh kan? then ko tido atas ke bwh ek?

puterikiut said...

yati..Alhamdulillah dah blk umh yer..akk dah la baca time meeting nie, sib baik x 'hujan', apa2 pun akak doakan ammar cpt ok..g6pd tu anak2 buah akak dua org ada, betul mcm farra kata, asalkan ikut pantang, takkan ada apa2..cthnya kena pantang makan kacang sepat, jgn guna ubat nyamuk, racun rumput..maklumkan pd guru/penjaga nnt ye..btw tu br suspect kan..selalunya next test dah negative..

laydida said...

syukrla dah discaj. mmg betul..rumahku syurgaku, tak kire la tonggang langgang mcm mana pun :)

yati, make sure abeskan berurut dulu keh baru bole bersilat kat rumah (sikit2 masa pantang). bengkung/barut jgn tinggal..sbb peranakan tu nak dijaga spy x jatuh.

bab2 mkn mmg ada advantage sbb berpantang sendiri..cuma yg berminyak, sejuk2 dan pedas2 tu tunggu la lepas 2 minggu ke atas. elokla pruzz rajin. kalau dia tak rajin pun suruh ajerr buatkan apa2 yg patut hehe

y@tipruzz said...

aida - i can feel u hukhuk. an nur pon depa feed guna botol, sbb tu aku nak jugak lodge n kasi direct feeding, takmo kes cam idlan dulu refuse terus direct feeding bila dah sedap botol.

julie- mak kite kan still keje, so kena la pantang kt umah sendiri :)

farra - msk sup, goreng kicap, goreng halia. tak tumbuk2 lagi..bwg putih & halia blend byk2 n simpan. Tido bilik bwh, kekanak n pruz tido kat ruang tamu :p Sumer takmo naik atas hoho

k.nieta- cfm ade G6PD. Igtkan x ramai org tau pasal G6PD ni hehe. Sy x risau psl tu...yg penting kena avoid dia dr all those risk/trigering factors cam akak sebut tu :) Sy risau takut jaundice dia naik balik jer...

huda- dah urut 3 hari. Kena bersilat sbb kita x tahan tgk umah bersepah sakit mataku :p Bengkung mmg wajib, nnt perut boroi x cun akakaka

myjuliana said...

yati, lupa lak mak awak still keje.. takpela, buat kerja ringan2 bila sgt2 perlu jer.. the rest bleh minta tolong pruz bila dia balik kerja.. kite pon rasa cam nak pantang kat sini jer bile dapat next baby.. hehe