Walaupun full name baby masih belum finalize (letih nak fikir sebenarnya), mama nak share dulu pengalaman bersalin si
Ammar ni yer. Kali ni agak tragik juga kisahnya, sama macam Firas dulu (kes labor room penuh, sakit dlm ward).
28 Sept (Selasa)Check-up dgn Dr. Kham selepas 2 hari passed my due date. Doc check bukaan sudah 3cm, dan tetiba doc tanyer...nak bersalin esok tak? Aduhhh, terus jem otak tak boleh fikir. Macam Firas dulu la, tetiba keluar soalan cepu emas, awak nak induce tak esok, so that mama and baby boleh share same birthdate? Back to kisah Ammar, doc kata dia suggest induce sebab bukaan dah ada, baby dah overdue, nevertheless air ketuban masih cukup, baby pun takdelah besar sgt. Terpulang pada mama nak decide sama ada nak tunggu lagi few days...atau induce. So lepas fikir 2-3 minit dgn Pruzz (dan considering the mounting pressure due to sms/call dari sedara mara/frens/jiran yg tanye "ko dah bersalin belum??") aku pun cakap "OK". Tapi doc suggest untuk tunggu sakit natural datang hari ni, dia stimulate sikit 'bawah' tu...kalau still tak datang contraction baru dia induce pagi esok (Rabu). After lunch doc suruh warded terus supaya nurse boleh monitor. Doc pesan lepas stimulate ni darah akan keluar, so jangan panik.
Kami pon pergi ke hospital utk booking bilik, malangnya single room semua penuh. Kata depa after lunch atau petang baru available, so kami just booking dulu. Kemudian kami ke Seri Abim, membayar yuran Tahun 1 idlan. Lepas byr, kereta tak boleh start...bateri keta kong rupanya! Terpaksala tumpang kereta seorang couple ni utk jump-start keta :) Kemudian ke kedai berdekatan, tukar bateri kereta, lunch di Mc D pekena sundae chocolate buat kali terakhir, dan ke MMU sebab Pruzz kena amik kertas exam. Pukul 3++, pulang ke rumah...kemas balik beg barang baby dan kekanak tu sebab semua akan berkampung di hospital ptg tu :) Masih tidak ada tanda2 contraction, adus berdebar sungguh sbb aku punyala berharap agar sakit tu datang cepat!
Jam 5pm++, kami amik kekanak dari tadika...dan off terus ke hospital. Alhamdulillah dpt bilik single, jadi malam tu kami anak beranak semua melepak dlm ward. 7.30pm, Dr Kham datang melawat, aku kata langsung takde rasa sakit. Doc suruh tunggu, dan katanya kalau tak sakit malam ni esok kena induce dalam jam 7.30am. Jam 8++, nurse dtg utk check CTG, mmg sah takde contraction hihi
9.00pm - Solat isyak. Dan aku macam terasa seperti ada contraction, tapi tak pasti. Lama lepas tu, cakap kat Pruzz 'ye kot kite dah start contraction!' Rasanya jam 10++ aku panggil nurse utk check CTG, tapi contraction belum kuat lagi kot. Pesan nurse, kalau rasa sakit kuat inform derang, derang akan serahkan result CTG kpd mak bidan, so that mak bidan boleh check bukaan (jika perlu). Rasanya contraction yg
'tidak berapa kuat' tu dlm 3 jam++ kot. Jam 11 lebih nurse bwk turun result CTG kpd mak bidan...kata nurse, mak bidan akan panggil turun ke labor room jika contraction kuat (labor room penuh time tu). Meanwhile jam 1130pm Pruzz pergi ke ampang utk fetch Umi, so that Umi boleh temankan kekanak di ward bila pruzz temankan aku di labor room. Jam 1230am, umi sampai di ward...so umi tido di atas toto dgn kekanak, pruzz tido atas kerusi, while aku terbaring atas katil, menahan sakit contraction dlm hati dan senyap2 (tak boleh jerit/mengerang nnt kekanak terjaga...malu kat umi sama hihi). Everytime contraction dtg, aku
menarik nafas/atau menahan nafas (ni tips utk sesiapa yg tidak mengambil ubat tahan sakit yer, it really helps you)...kaki tendang2 jugakla kat tepi katil tu hehe.
29 Sept (Rabu)Rasanya sakit yg kuat bermula jam 1 lebih. Tu pun aku masih kuatkan hati menahan sakit, tak inform umi atau Pruzz sbb depa dah tido. Nak panggil nurse pun macam teragak2..last2 tahan jela sakit sorang2 :p Konon nak try teknik hypnosis, tapi tak berjaya sehhh. Sakitnya Allah saja yg tahu...tapi sebab dah merasa sakit time Firas dulu macam mana...so tahan jelah selagi mampu.
Jam
2am, aku tekan butang panggil nurse sbb rasanya dah lama giler aku menahan sakit nih (5 jam... ikut firas dulu aku sakit dlm 6 jam lebih sebelum bersalin)...ckp nurse contraction dah kuat sangat ni. Nurse check CTG, then 2-3 kali nurse dtg cakap derang dah panggil mak bidan tapi mak bidan tgh attend satu kes yg ada complication. Umi & Pruzz cuba comfortkan aku time ni. Lebih 1/2 jam menunggu, barula mak bidan sampai ke ward, dan check bukaan. Dan aku tgk mak bidan cakap dekat nurse, 'cepat2 ready turun ke labor room!'
Time ni rasa macam nak pengsan dah (cewahhh exaggerate sket), pastu kena jln plak ke luar bilik utk naik wheel chair, aduhai sakitnya! Turun ke labor room di tkgt 1 jam
3am, tapi aku kemudian diusung ke
recovery room utk bilik OT sebab labor room (yang boleh muat utk 3 patient) dah penuh. Aku dipapah utk naik ke atas strecher, dan mereka semua dgn kelam kabutnya menyediakan peralatan. Dr Kham dtg check, bukaan dah
9cm! Dan doc sempat sound mak bidan kenapa tak bwk patient turun awal! Kemudian doc lari keluar sekejap utk attend patient yg ada complication tu, dan suruh tunggu 10cm baru meneran. Tiba2 aku dah rasa macam kepala baby dah ada kat hujung, tapi the second mak bidan tahan kepala baby tu..sakitnya lahai (macam kes Semah la nih). Aku pulak menjerit...saya rasa macam nak keluar dah niiii (maybe ayat berbeza kot tak igt dah yer :p). Dr Kham datang....dia suruh aku pegang kedua belah kaki, tarik nafas dan push. Malangnya nafas aku tak cukup panjang, after 3x push baru la Ammar keluar melihat dunia tepat jam
3.17am. Berat Ammar -
3kg.
Doc ambil masa yg agak lama utk jahit perinium ku yg terkoyak, doc tak sempat potong, maka koyakan tu tidak cantik katanya dan nak jahit pun agak susah (crooked). Aku tanya doc, sebab aku tak pandai teran ke (padahal rasanya aku teran kali ni dah cukup cun, pruzz pon cakap
'mama you did well')...doc kata mungkin sbb keadaan yg kelam kabut, lepas tu sebab kepala baby ditahan dr keluar tadi...sbb tu kots). Time jahit, mak bidan minta maaf kepadaku sebab kelam kabut...tapi mak bidan tu baik, Ammar pun selamat keluar...so aku mmg tak kisah. Doc pun sound direct dekat mak bidan...again aku tak kisah dgn situasi tadi. Tapi bila fikir balik, ish mujurla instinct aku tepat and aku sempat ckp kat nurse, kalau inform nurse lambat...buatnya terberanak kat ward adus horror seh!! Doc kata, aku jenis yang cepat dilated towards the end tuh...sbb tu next time mmg kena standby cepat. Masa Firas pun sama, mula2 lambat sangat nak buka, tapi dari 7-10cm tu mmg pantas giler!
Apa2 pun, syukur semuanya selamat. Cumanya kali ni pruzz tak sempat ambil byk video & gambar macam Firas dulu, Ammar cuma ada 1 video je yg pendek...semua berlaku terlalu pantas, tak ready hehe. Tapi yang penting, kali ni aku rasa lebih puas...sbb dpt merasa pengalaman meneran yg sebenar. Macam firas dulu, time 10cm sakit contraction tiba2 hilang...dan aku hanya meneran dgn bantuan mak bidan dan doc. Even bila kepala firas dah keluar sket pun aku masih tak rasa apa2 (rezeki Allah kasi tak sakit time tu).
Lepas selesai jahit, aku rehat atas strecher tu...jam 5am mak bidan bawakan
milo secawan, 3 keping biskut cream crackers & ponstan. Mak bidan ada bawakan Ammar utk breastfeed, tapi susu masih tak keluar. Ammar pun relaks tido jer. Jam 6am++, aku dibawa turun ke labor room dgn wheel chair. Sampai di ward aku tido lah kejap sampai 730am then terbangun dan terus tak boleh tido. Petang lepas asar aku dah discharged, dan selamat pulang ke rumah. Ikutkan doc dia suruh stay lagi sehari, tapi kekanak ni kecoh yg amat, nanti terganggu pulak jiran sebelah :p Balik rumah boleh rehat dan lagi selesa betul tak?
So itulah kisah dan pengalaman bersalin Ammar. Terima kasih yer atas doa korang semua :)
Anyway, pendapatku...sakit natural birth dan sakit induce sama je rasanya, jadi tak payahla takut kalau doc suruh induce hihi. Jadi sekarang ni, alhamdulillah aku dah dapat merasa sakit c-sect, sakit induce, dan sakit natural birth. Of course bersalin normal lagi senang drpd c-sect....sebab recovery cepat, kejap je dah boleh berjln laju and stabil :p
Next update - kisah susu yg tidak keluar