26 February 2011

breastfeeding 1.2.3

Terkesan hati bila rakan baikku ditegur dan dikritik dek kerana penulisan beliau yg agak terbuka tentang breastfeeding. Hairan bila ilmu yang bagus, yang sgtlah perlu dikongsi bersama dipersoalkan sedemikian rupa.

Kata orang putih, 'sharing is caring'. Saya fikir ramai setuju tentang pernyataan ini. Cuba renungkan, dulu-dulu berapa ramai sangatkah ibu muda yg berjaya menyusukan anak mereka eksklusif sehingga usia 2 tahun? Usahkan 2 tahun, 6 bulan pun belum tentu tercapai. Contoh terdekat, diri saya sendirilah. Idlan lahir pada tahun 2004, masa tu rata-rata di kalangan kami belum aktif berblogging (hi hi). Rakan di sekeliling..hmm memang tak ramailah yg menyusukan bayi mereka. Nak tanya pada ibu sendiri? hmm ibu saya sendiri pun tidak berapa arif tentang menyusukan bayi selepas habis tempoh berpantang, cara menyimpan stok susu, cara mengepam, pam apa yg sesuai, dan sebagainya. Nak cari maklumat di internet? emm tidak pernah terfikir pula diri saya tatkala itu (kes ignorance la nih!), makanya saya hanya berjaya menyusukan Idlan sehingga umur dia 4 bulan. Itupun bercampur dengan formula yer kengkawan, bukan eksklusif tau!

4 tahun kemudian, lahirlah Firas ke dunia. Kali ini, semasa mengandung lagi saya dah kumpul maklumat tentang bf, dan yang paling best, semakin ramai rakan2 terdekat yg berjaya bf anak2 mereka sehingga umur 2 tahun. Dan capaian ilmu di internet tentang bf sangatlah banyak, google saja dan wallahh muncullah maklumat yg anda inginkan. Forum tentang penyusuan bayi semakin byk, sahabat yg berblogging pasal bf pun semakin ramai!

Saya paling suka bila rakan2 menunjukkan gambar stok susu beku mereka. Saya suka baca macam mana mereka menyusun jadual pengepaman, pam apa yg mereka guna, macam mana cara nak tambah pengaliran susu, etc. Dan melalui blog juga baru saya tahu lobak putih boleh dibuat masak tomyam! haha jgn gelak ye, selama ni saya cuma tahu masak air, atau goreng saja (sgt bosan!).

Bila ada rakan post gambar pasal stok susu mereka, janganlah anda cakap...iskk dia ni riak sungguh nak menunjuk la tuh! Atau anda kata...alahhh macamlah dia sorang je yang banyak susu!

Sebaliknya, cuba fikir dari sudut yg positif. Isk banyaknya susu dia, lepas ni aku kena usaha lebih nih! (sebenarnya inilah sumber inspirasi dan motivasi saya, bila tgk susu mommy lain byk giler saya mesti bertambah semangat nak kumpul stok macam mereka :)

Saya rasa ibu2 zaman moden sekarang ni sgt suka baca pengalaman mommies lain tentang bf melalui blog, berbanding masuk ke website ilmiah yg menerangkan facts tentang bf (eg: kellymoms). Kata orang, bila baca experience orang lain tu terasa lebih 'real', atau lebih dekat, especially bila pengalaman orang tu exactly sama dgn apa yg kita lalui.

Kepada mommies dan rakan2 seperjuanganku sekalian, just keep on writing ok. Mungkin ada seorang dua tak suka, tapi percayalah raaaamaiii lagi yg suka baca sebenarnya. Ilmu yang bagus dan boleh membawa manfaat, rasanya wajib utk dikongsi bersama betul tak?

7 comments:

aida said...

Wa setujuk beb, masa tahun 2005 dan kebawah bf wave tu takde lg, tu yg mcm ignorant, kihkih

Farra said...

X penah tau yg rupanya kite kene menuntut ilmu nk bf ni..sbb tu aku pon gagal dulu..
Bila dah ada blog baru bertambah ilmu sbb blog ni lebih santai
Argh menyampah org itu! X sukeee
Tq kengkawan yg menyokongg muahh

yatiscloset said...

gagal sekali x bermakna gagal selamanya...

passion to win,
support each other, challenge!!!!!!!

(aida mu sure x tahu cara nk baca statement kt atas tu hihi)

sikulat said...

go go mummy sekalian.. !!!

aida said...

Yati, challenge tu selalu la dept aku dok sebut sebab sales team building ada that phrase. So kalu nak siapkan keje challenge memanjang, hihi

Off topic laks:p

Ummu Auni said...

alahai.aku dua2 tak BF pun. first child, susu ada, tapi semangat tak kuat. ada sekali je kut auni minum. afif, entahlah...kalau ngandung lagi, nak sangat ada rezeki nyusu badan, huhuhu...

MQ said...

mmg bila baca cerita2 org yg berjaya BF anak satu semangat utk first time mom mcm saya, saya pon sama keluarga terdekat mmg tak BF anak, kalau ada pon semua tak secara exclusive..personally rasa mmg mencabar esp. bila badan dah penat n terpaksa BF sejam sekali masa baby kecik..selalu pujuk hati, wajib syurga utk ibu yg berjaya susukan anak cukup 2 tahun, setiap titik susu ganjaran satu pahala :))