17 June 2010

Pasal makanan lagi?

Salam ceria buat semua,

Sori yer, bila time2 tengah puasa ni, fikiran saya memang tak boleh lari dari memikirkan hal makanan. Sambil buat kerja, boleh tu fikir nak makan apa, nak masak apa weekend ni, apa makanan yg saya teringin sangat nak makan...kesimpulannya semua soalan berputar kepada hal makanan.

Anyway, saya sort of dah decide utk memasak nasi minyak Tokmi weekend ni. Resepi diambil dari blog masakan Kak Tie (my-pancake-life). Ikut Kak Tie, beliau menggandingkan nasi minyak Tokmi (oh Tokmi ni ialah MIL kak Tie yer) ni dengan gulai daging yg menggunakan rempah Dayang Suri diimport khas dari T'ganu. Memandangkan saya takde rempah special tu, maka saya berhasrat nak menggandingkan nasi minyak tu bersama2 dengan kurma daging dan ayam masak merah. Kira versi yatipruzz la bley?? :) So kita tunggu dan lihat hasilnya nanti yer!

Dan, saya baru sahaja selesai mengorder pes laksa Sarawak secara online. Hasil blog hopping Umi saya telah menemukan dia dgn blog si pembuat pes laksa yg memang duduk di Sarawak itu (jangan main2, Umi saya pun sekarang ni bukan main pandai lagi surf sana sini, cari batik la, cadar la, macam2 lagi :p). Testimoni di blog katanya sangat sedap pes tu. Memandangkan saya dan suami mmg suka banget dgn laksa Sarawak, dan kalau nak tunggu pergi ke Kuching lagi ntah bila kan, so kita order saja lah! Senang kan bila ada teknologi IT yg tiada rentas sempadan ni...with a single (few actually :p) mouse clicks everything is possible! So bila dah sampai pes (dan bila dah masak nanti) saya update kan hasilnya tunggu!!!

3 comments:

tini said...

errr indirectly ko nak cakap, nak tunggu tini masak ntah bila la aku nak merasa laksa sarawak die kan ahahahahhahhha malu siot ko lagi gagah untuk masak sendiri laksa ni dari aku. :)

y@tipruzz said...

belum masak lagi weh baru berangan :p

ko suke tak laksa tuh? ade simpan pes dia kat umah?

tini said...

aku suke gile laksa sarawak. menu utama kalau aku balik kampung. tapi malu la nak cakap, aku tak simpan pes die kat rumah. eheheheheheh