18 June 2010

sedikit petua utk dikongsi bersama

Hubby dah share dalam FB dia...so saya just copy paste dlm blog ni, moga ada yg mendapat manfaat yer :)

Semalam baca beberapa kisah mistik riders2 & drivers2 dlm forum, so nak kongsi tips dari Ustaz yg ubatkan Firas masa kecik dulu (baru abis pantang)..Masa tu kitorg balik dr kampung Kedah & bila sampai umah firas takmoh tido malam & melalak2..Tak tdo kitorg mlm tu..Esoknya bawak jumpa sorg ustaz kat masjid Kajang, dia kata ada mende ngikut sbb mende tu berkenan & hormat ngan Firas ni yg cerdik & ada ciri2 khalifah (ayat ustaz tu), so nak ajak main...Alhamdulillah suma ok pas berubat..

Ada beberapa tips yg boleh dikongsi:

1. Kalo berjalan jauh (especially ngan budak kecik), jgn terus stop di destinasi yg dituju (rumah, hotel, etc..). Singgah dulu mana2 tempat sbb takut ada mende ngikut (tak kira siang/mlm). Masa singgah tu, amik seketul batu/ sehelai daun, selawat & cakap "Jangan ikut kami/aku, ikut daun/batu ni". Then baling batu/daun tu, & teruskan perjalanan ke destinasi..

2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'mende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.

3. Satu lagi tanda ada 'mende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.

4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas, cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)

5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawng putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'mende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia' kana panas.

Lain2 tips yg boleh dikongsi:

1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu

2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.

3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.

Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Ustaz tu pon dah pesan, dia dah bagi ilmu2 ni..kena sebarkan kat org lain. Moga jadik pedoman & panduan bersama. Kalo ada tips2 nak kongsi pon bole jugak..wallahua'lam.

-----------------------------------------------------------------

Bila baca post hubby ni, terkenang kembali keperitan menjaga Firas waktu kecik dulu. Kuat nangis, cranky, nak bf sambil berdukung dan berdodoi jer sampai 6 bulan, etc...huh one tough baby to take care of i'd say :p Tapi bila tgk muka dia yg kiut comel bila dah besar ni...terubat hati mama, malah segala kesusahan dan keperitan dulu tu macam small matter je org kata. Moga membesar menjadi anak yg soleh yer Muhammad Amir Firas...menjadi pelindung kepada abang, adik dan keluargamu kelak...

Amir - Ketua/pemimpin
Firas - kecerdikan/tajam fikiran

3 comments:

Farra said...

bagus tips ni! tqqq yg paling suka yg masuk hotel tu

selama ni kami tibai je masuk hotel baring2 terus wakakak

y@tipruzz said...

kalo blk rumah from kg pon selak la sumer curtain kat umah....

-Pruzz- said...

Tambahan: Lagi satu petua ustaz tu, kalo baby kembung (tade kaitan ngan pepe 'mende'), picit2 betis dia sambil zikir "Ya Latiif" (nama Allah yg maksudnya 'lembut') byk kali..Ni utk melembutkan urat betis baby sbb slalu bila baby nangis, urat kat situ jadik tegang. Ni akan melegakan tak selesa perut kembung tuh..wallahua'lam

p/s: Suma tips ni bkn dari sorg ustaz jer