12 August 2010

1 Ramadhan

Dgn gigih keluar rumah pukul 6.25am, by 7am dah selamat sampai ke ofis dan berjaya dpt parking di depan2...senang nak keluar ptg nanti dan takdela jem berjam-jam di dlm parking sahaja! Tepat 4.30pm, mama dah chiow dari ofis...pukul 5.10pm sampai rumah, solat asar...dan off to kitchen start masak. Cepat je siap by the time 6.10pm dah siap buat ayam black pepper, sawi masak lemak & telur dadar. Senang main campak je memandangkan bhn2 semua dah ready mlm tadi :) Then terus ke nursery mengambil kekanak tuh....dah ohhhh mama nampak Idlan tgh mengunyah biskut tiger! Aisehman percubaan hari pertama sudah gagal hikhik. Katanya dia bukak pose jam 4pm, minum air kosong jer.....lapar boleh tahan, tapi tak boleh tahan dahaga. Then petang tu kawan dia beri mkn biskut tiger.

Dari nursery, kami ke kedai runcit sbb mama nak cari ikan bawal, tempe, capsicum, etc utk masak berbuka ptg ni. Orang punyala ramai, berhimpit-himpit dlm kedai. Ditambah hendak mengawal kekanak berdua tu yg kejap nak air solivite, kejap nak itu nak ini dan bz berlari-larian dlm kedai tuh....adus mencabar keimanan sungguh! Benda yg nak dibeli sikit ajer...tapi buang masa lama dlm kedai sebab si kecik siap main hide n seek dlm tuh...dahla sempit isk isk. Balik rumah dah jam 6.45pm...adus terus rasa lelah dan penat...padahal lepas masak tadi takdela penat mana :p Buat talian hayat pada Umi tanye macam mana nak buat sirap bandung (oppss jgn gelak yer 1st time nak wat air bandung sendiri nih :p). So kelmarin dptla berbuka dgn sirap bandung buatan mama! hehe lazat sungguh dpt pekena air manis & sejuk :) Dan yg buat mama happy, si Firas nampaknya suka mkn ayam black pepper dan kuah masak lemak (sayur dia x makan)

Pagi tadi, Idlan taknak sahur mkn nasi....jadi dia mkn seketul Squiggles strawberry, dan kami paksa dia minum 2 cawan air..tu pun susah dia nak habiskan. Harap2 hari ni dia boleh tahan dahaga tu :)

6 comments:

Hambali ® said...

selamat berposa semua ... hohoho .... semalam lauk tunjuk saja ... beriyani penang!

y@tipruzz said...

amboi sme sodapnyerrr 1st day dah pekena beriyani!

ShaFiAti said...

heheh..lutfi pun duk ngadu dahaga...tapi Alhamdulillah dpt pujuk dia berpuasa sampai azan maghrib..balik je dari nursery tu dah merengek2 die mintak nak minum...jenuh gak le pujuk..hehehe..

y@tipruzz said...

waa syabas Lutfi acik tumpang bangga!!

ni kena inform idlan ni...kasik motivate sket :))

yati ckp idlan, rugi je bukak pose minum air kosong...dahla x mkn, baik cuba sabar smpi maghrib...

Farra said...

mus'ab tak pose lg...malas la nak paksa..bangun pagi pon takmo..takpe tunggu dulu

ummi said...

ayam black pepper tu bleh share resepi skit??

ps - farra samalah cam Iman..