08 August 2010

Firas's besday!

Jumaat malam sabtu, abah belanja kami semua di Manhattan Fish Market, Alamanda. First time try makan di situ, emm not bad, portion dia besar…mmg semput nak menghabiskan. Kami berdua order seafood platter for two (rm46.90) – ada fish fillet, fried calamari, fried rice, oyster, grilled prawn and chips. Utk idlan kami order creamy seafood pasta (rm19.90) - fettuccine with creamy sauce & fried calamari. Tapi bagiku rasa dia terkurang masin…boleh diimprove lagi :p Lepas dinner & solat, pergi beli groceries , kek & hadiah besday firas. Sampai rumah dah 10pm++, kaki dan badan penat yg amats..makanya niat nak membuat cheese tarts terpaksa di cancel.

Keesokan harinya, pagi2 lagi mama dah bangun. Lepas settle few chores, start masuk ke dapur membuat laksa Sarawak & baked macaroni & cheese. Abah pulak tolong kemas rumah, vakum & sebagainya. Pukul 1pm++ baru selesai masak. Lepak & baring2 kejap lepas lunch sebab kaki dah lenguh yg amats. Kemudian mama deco sket2 kek firas…. letak lilin, edible image & pipe kan icing di sekeliling kek. Hujan lebat yg amats…kekanak & abah lena diulit mimpi, mama pulak tak boleh tidur sbb penat..mata taknak lelap plaks. Anyway seperti tahun lepas kami cuma menjemput 3 family jer…umi&papa, family abangku, dan sepupuku..tapi kakak sepupu tak dpt dtg sbb anak dia ada sekolah ganti…jadi betul2 small crowd lah kiranya. The kids had fun with their balloons…walaupun cuma 4 org tapi dah cukup kecoh satu rumah. Besday boy pun very cooperative this year…mujur dia behave time potong kek.

Alhamdulillah…makanan tak byk yg berlebih, just nice utk diberi tapau sedikit kpd abangku, dan untuk kami makan esok hari (yey takyah masak dah!). Kaki ku sakit yg amats…walaupun Cuma masak utk tak sampai 10 orang, tapi penangan penat kali ni lain macam sungguh. Tu pun byk pinggan yg Umi dah tolong basuh…kalau tidak lagi cramp kaki. Mujur lah kami decide utk jemput family sajer…kalau big crowd confirm mama terus pengsan lepas majlis :p

Anyway to my dear Amir Firas, Selamat Hari Jadi yg ke-2 sayang!! Semoga membesar dgn sihat & bijak, sebijak namamu. Semoga menjadi insan yg soleh dan berguna buat agama dan bangsamu. Mama, abah & abang Idlan luv you with all our hearts!

And to B, thanks for everything sayang – the card & dinner, and most importantly, for being such a wonderful hubby n father to our kids. May our loves n happiness last forever. Nak hadiah besday coach bley yang? :p

And me, uh ahhh dah masuk big 3.0.! Syukran ya Allah…di atas segala kurniaanmu. Kesihatan tubuh badan & rezeki yg Kau limpahkan, hidupku yang dikelilingi insan2 tersayang, keluarga yg bahagia, dan ketenangan jiwa dan fikiran…moga aku tidak alpa dan akan terus bersyukur dgn segala kurniaanmu ini ya Allah.


mama yg gemuks...dah 56.1kg bila check up ptg tadi :p


tepi air pancut @ alamanda


abang wat muka 'psycho'



adik penat pk nak order ape ke?



aksi mencairkan cheese di atas grilled prawn


platter for two....mmg kenyang yg amats!


choc. indulgence SR - selepas dihias dgn edible, lilin & icing.
Lilin tu ai simpan, besday idlan nnt bley recycle hihi

belon & banner - wajib spt taun lepas :)


perbincangan serius antara menantu & mak mertua :p


menu hari itu - laksa sarawak (kuah dlm periuk nasi, tidak di display)


baked macaroni & cheese...
pulut kuning & rendang ayam - umi bwk :)

bermanja dgn nek umi


melepek dekat pak su plaks...


dgn sepupu mereka - Hannah
Hannah kata ade belon macam sosej & ubi....

cake-cutting


besday boy cuma mkn kek jer ari tu...lain sumer dia bolayan isk isk


dpt 'duit raya' dari nek umi :p


'berkhemah' dgn abang...tu la hadiah yg kami beli hihi


uppss walaupun dah tua mama pun dpt hadiah gak jgn jeles.
kain batik & kad pemberian nek umi...cantik!

dan kad yg comel dari abah :)
hadiah belum dpt...tak tahu nak mintak ape tahun ni

5 comments:

sikulat said...

Happy birthday Yati & Firas...
p/s: bile nak buat entry black deco rumah awak tuh? Sbb ada gamba birthday Firas... nampakla sket sket.. buat la full entry ek.. cun gitu!!!

atulhani said...

hepi besday buat kak yati n firas.. hari ni besday anak sedara saya gak, adam (5thun)...

y@tipruzz said...

tq auntie2 sumer!

semah - tu dh nampak sket2 tuh :)
itu jela yg blacknyer....

Farra said...

happyu birthday yati n firas...kami tak wat pepe lagi...sume tak sihat...btw lawo tu wall paper

eh kek tu ko wat kek hape ek?

y@tipruzz said...

beli choc indulgence SR jela hehe.

then aku just letak edible, lilin n icing....