05 August 2010

talking about the kids....

Lama dah tak cerita pasal kekanak berdua tu yer.
Ya ampun mama agak bz lately...mood pun agak tidak menentu, byk benda yg difikirkan at one time.

Anyway, alhamdulillah sejak kami berdua impose 'rules' dan 'schedules' utk Idlan lanjutan drpd ceramah 'Anakku cemerlang dan soleh' di surau baru2 ni, nampak gaya memang ada perubahan yg ketara dalam diri si anak. Ptg after school boleh main basikal sampai maghrib (7pm++), kemudian kalau nak tgk kartun kami benarkan sampai pukul 8pm sahaja (sambil tgk tv sambil dinner terus). Then kena solat maghrib (sama ada berjemaah atau dia solat sendiri jer), baca al-Quran 1 page (dia kata penat kalau more than 1 page so mama akur saje lah :p) dan kemudian buat homework. Lately jarang ada homework, jadi kami buat revision sikit2 jer for few minutes...normally we do some spellings, or just a simple maths. Arab mama surrender, this is far beyond my 'expertise' ok (jgn tak tahu doa masuk toilet pun mama tak hafal tutup muka :p).
Bila disuruh baca buku cerita, dia malas dan tak minat...jadi mama biar dia buat benda lain, like melukis benda2 utk tatapan si adik, dan sebagainya. Dan aktiviti wajib setiap malam, mereka dua beradik akan bergomol (sekejap baik sekejap gaduh, sekejap 'big hug' sekejap ketuk kepala), terjun tiruk dari sofa, etc sampailah penat dan dipaksa utk masuk tidur :)

Si adik, memang sindrom anak kedua kot... agak ganas, adventurous dan lebih kasar berbanding si abang. Dah berani terjun tiruk dari sofa jugak tuh! Suka tarik rambut abang, bab gaduh memang taknak mengalah. Bila paksa minta maaf dekat abang, ohh memang pandai dia big hug abang dan hulur tangan utk bersalam :) Dah boleh sebut A B C...( tapi tak sampai Z lagilah)...dan kira 1-10 dalam nada pelat dia. Rajin juga solat ikut kami semua, tapi kalau Maghrib tu dia solat 2 rakaat je kemudian angkat sejadah comel dia dan meneruskan aktiviti sendiri. Mama tak pernah ajar dia guna flash card, atau expose kan si adik kepada any educational or learning tools, tapi nampak gaya si adik ni memang cepat pick up words and instructions...mungkin kerana persekitaran dan pengaruh si abang....sebab tu dia cepat belajar sendiri. Mainan kegemaran dia...dulu sudu, sekarang ni penyangkut baju (hanger), pensil dan belon. Boleh kecoh satu rumah hanya kerna berebutkan satu belon. Jadi time besday dia weekend ni, memang konfem kami kena beli belon banyak2!

Si adik baby....ohh mama pun jarang bercerita tentang kamu kan. Mama agak risau sebenarnya bila memikirkan kedudukan mu yg songsang itu. Esok mama due for my 32th week check up, harap2 positif la result yg keluar dari mulut doktor kesayangan mama. Kalau tidak harus mama terus-terusan risau memikirkan kamu huhu. Namamu masih belum difinalize...yg mama shortlist kan tak kena pula dengan citarasa abah kamu....oppss jangan tak tahu abang kamu pun sibuk memikirkan nama yg best utk adik dia yg sorang ni :p Nampak gaya kali ni tiga orang akan berdebate dan berebut untuk memberi nama yang terbaik buat dirimu hihi

No comments: