19 August 2010

idlan...

muntah 3x di tadika petang tadi. Kesian dia...mesti sbb penat puasa/perut kosong kot. Tu pun dia tak buka puasa, katanya takde makanan, semua budak 6 tahun puasa...cikgu pulak tak suruh dia buka. Aduh flat anak mama. Next time mama kena pesan cikgu kalau dia tak larat, sakit atau muntah...mesti suruh dia buka puasa. Malam lepas minum susu, dia muntah lagi. Langsung tak lalu makan. Jadi lepas maghrib abah bawa ke klinik, after mkn ubat barulah dia nampak ok sikit.

2. Mama pun diuji hari ini. Jam 8.05am keluar rumah, akhirnya selepas sesat hampir 2 jam pukul 9.55am baru sampai di tm bukit petaling sedangkan meeting sepatutnya jam 9am. Giler sungguh tak penah sesat dlm kl sebegini lama. Penat call sana sini, penat pusing dan tawaf istana negara tu byk kali...still konfius nak amik simpang mana satu. Orang yg organize meeting bley lambat, sgt malu kan! Mama dah suruh mereka proceed, tapi chairman tu still nak tunggu (sebenarnya takde org nak present, semua tak dpt hadir..so mama sorang je wakil committee yg dpt hadir dan kebetulan semua dokumen berada di tanganku). Mujurlah GM tu sporting, baik & tak marah langsung. Meeting dimulakan dgn al-Fatihah, disudahi dgn tasbih kifarah dan surah an-nas. Sejuk hati mama...hilang penat bila dpt berkenalan dgn orang macam ni. 10.45am meeting habis, mama kena rush balik ke menara utk another meeting jam 11am. Again tersalah masuk simpang, instead of PJ, mama ke KL. Tawaf la lagi satu KL sampai ke jln sultan ismail, lalu lot 10, etc. Dugaan sungguh! Sekali lagi tuan yg organize meeting lambat...malu lagi! Habis meeting, bila duduk je di cubic...incoming call masuk bertalu-talu, email pun byk dan nampak gaya ramai yg sudah mula melompat...stress nya rasa aduhai.

3. Dan disebabkan stress terlampau, mama declare ptg ni sebagai off-kitchen day. Malas sgt nak masak, takde mood. Lepas ambil kekanak, idlan kata nak mkn McD...jadi pegila ke Jusco nearby, malangnya jem teruk sgt so terpaksa patah blk rumah. Terus call abah, minta abah belikan McD & air milo...kesian dekat idlan yg dah muntah2 tadi. Mama singgah di gerai dekat rumah, dan beli roti john utk sahur esok. Time berbuka, idlan langsung tak lalu mkn...mama pula mkn big mac cuma separuh, abah pun flat hari ni....nampak gaya cuma si firas je maintain hepi go lucky as if nothing happens...yela dia kecik lagi, mane nak faham masalah org besar kan :p

Anyway, esok mama nak pegi check up...dan mmg dah plan nak mintak mc dari gynae. Orang confirm ramai sebab time puasa klinik gynae tutup jam 3pm, rasanya paling awal boleh sampai ofis pukul 12, nak drive ke ofis mmg tak berbaloi...baik work from home sajelah... jimat minyak, jimat masa, jimat tenaga...yg penting stress-free!

5 comments:

-ummu amin- said...

yati, nmpk gayanya kena start considering to use GPS :)

tini said...

kalau org yg selalu g makan ikan bakar bellamy tu mesti tak sesat nye g tm bukit petaling tu :)

puterikiut said...

yati..siannya... dapat rasakan mcm mana stress kan kalau jln dah dpn mata tapi asyik sesat or terlepas..dah jangan stress lagi.. hari nie rehat betul2... dah tau jalan lepas ni senang la nak gi mkn ikan bakar istana.. hehe

y@tipruzz said...

ayu - gps erkk? gps h/p pon malas nak guna hehe

tini - ya betul. aku dulu ikn bkr ikut farra, dia drive, so aku x amik port perhati jln..padan muke huhu

k.nieta- itula, dah sampai simpang istana tu byk kali, tp x sure jln mane nk ikut...mmg stress merry go round tawaf kl :p

ct_nurmarlissaa said...

dear...my opis kat Bukit petaling...