03 August 2010

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan projek tergendala akhirnya projek membaiki wiring utk water heater, menampal semula tiles 2 kaki di sekeliling kabinet yg sudah jatuh, menukar lampu baru dan menukar kedudukan lampu dan kipas di hall atas berjaya dilaksanakan kelmarin. 3 orang pekerja yg dtg...2 melayu, seorang indon. Lama jugak masa yg diambil, especially utk menukar lampu dan kipas di hall atas memandangkan both item kedudukannya sgtlah tinggi. Peristiwa malang terjadi tatkala mamat indon tu memijak ke ceiling hall atas utk menukar point kipas....ceiling pecah dan mamat tu sudah terjatuh separuh, mujur dia sempat berpaut pada palang2 besi di atas ceiling, kalau tidak ntahla mungkin cedera atau patah kaki kalau jatuh terus ke bawah lantai nauzubillah. Oh btw aku on mc kelmarin, time mereka membuat kerja cuma cik abe yg supervise...ku berdengkur di bilik bawah kui kui. Dengar bunyi cam benda jatuh...aku igtkan kipas yg terjatuh...rupanya orang. Pastuh takde dengar bunyi org kecoh2 or jerit2...so aku dengan teruknya terus menyambung tidur :p Kejadian kedua, salah satu lampu atas terpecah....makanya lampu 3 serangkai kami dah jadi 2 serangkai jer...tapi takperlah, hall atas orang tak nampak sgt :p

Kelmarin sempat juga kami ke Sg Chua dan Balakong utk mencari seketul lagi lampu idaman....hajat nak diletak di tepi rak tv. Tapi tiada satu pun yg berkenan di hati...so pencarian ditangguhkan. Nak cari hadiah besday Firas pun tak sempat...rasanya nak cari either khemah atau lego2 yg besar gedabak macam yg dia selalu main di taska. Kalau beli khemah, si abang pun boleh tumpang sekaki...dan yg penting takdelah depa berdua serabutkan rumah dgn tilam2 kami utk dijadikan khemah :p

1 comment:

Farra said...

wah...dah repair..bagus toi...kami gak lom repair lg...last wk call lg indon tu, die dah mai tgk umah tp tak kasi2 lagi quotation..hmmm