19 August 2010

8th iftar

1. Sambung lagi pasal menu ramadhan...ni adalah hidangan utk semalam.


Kuew teow goreng - special request dari Idlan, sebenarnya dari hari sebelumnya dia dah demand nak kuew teow/mee goreng, takmo nasi. Time tu mama tgh msk tomyam, adus malas dah rasanya nak goreng kuew teow plak. Nego punya nego, last minute mama masak spaghetti 'kuah putih' i.e carbonara. Wahhh bukan dgn vendor jer, dgn anak sendiri pun mama kena terer nego nampak gayanya :p


kuih bakar - beli di LG1 Menara. Ramai betul manusia yg menjual, meriah sgt rasa. Beli kuih ni pun sebab dah tahu blk ofis nnt mama cuma nak goreng kuew teow...so at least adalah hidangan tambahan. Seketul tu RM3.50. Rasa dia...hmm bolehla takdela kawww sgt.


Ni rezeki terpijak - bubur lambuk from surau menara. My colleague next cubic yg kasik. Blk from meeting aku tegur dia, "wahhh byk shopping makanan kat bwh eh...beli cendol ke tuh?" Dia pun reply, eh tak ni surau kasik tadi...bukan cendol, bubur lambuk. You nak ke?
aku pon cepat2 ckp...eh taknak taknak saje tanya igt beli kat bawah. Pastuh mamat tu terus amik plastik bubur tu and letak kat meja aku...puas ku tolak tapi dia kata "amikla bwk balik".
Punyela malu den, menyesal tanya pun ade. Mamat tu anak dia dahla ramai (5 kots)...aku rasa dia kesian tgk perutku yg boyot ni kot, pastu semlm dia macam ter'impress' sbb tahu aku masih lg drive ke ofis (tu belum den ckp drive keta manual tuh hehe)....mesti dia kesian kat mak buyung sorang ni....waaaa malunya rasa!!


Murah rezeki lagi, ptg sebelum berbuka akak sebelah kasik roti jala & kuah kari. In return kami pulangkan pinggan dia bersama kuew teow goreng tadi :)

Betul la org kata bulan puasa ni murah rezeki....alhamdulillah.

Idlan masih lagi berpuasa...syukur. Bermakna so far dia cuma ponteng 2 hari yg pertama, hari seterusnya cemerlang terbilang hihi. Ptg ni dia request nak kuew teow/mee goreng lagik...adus takkan nak mkn tu everyday kots sayang?? Nampak gaya terpaksala mama singgah memana cari makanan kegemaran dia tuh :p Plan today nak masak tenggiri asam pedas nyum nyum.

2. Cerita pasal keje. Pagi ni jam 9am mama ada meeting di tm bukit petaling (dah lupa jln nak pegi!!). Pukul 11am another meeting dekat menara, so mesti kena rush blk ofis on time. Seboleh2 nak avoid meeting di luar time bulan puasa ni...tapi tak boleh nak elak jugak huhu. Next week pun ade meeting di luar..bosannya alahai. Makin dekat masa nak bersalin ni, makin cuak rasa. Kerja semakin bertambah, existing quotation tak close...datang yg baru pulak bertubi-tubi. Risau nak cuti pantang bila memikirkan kerja yg pending.

Team kami mmg under severe pressure sekarang. Semua gara2 sistem baru SR* yg membuatkan workload bertambah, hiccups sana sini, dan byk PO yg pending dan stuck dlm sistem. Funny yet thru. Email dah melayang2 kluar dari ofis CFO kpd team kami...spending company makin menurun, adakah kerana genuine cost savings, atau sebab lain? dan jawapannya, PO stuck dlm sistem, team kami lambat approve, etc etc. Pressure sungguh rasa, agm ku sampai demam and mc...colleague aku siap cabut fixed line & tak angkat h/p kes taknak layan karenah user yg sibuk calling2, dan GM ku yg sgt memahami tu pun sampai tak terdefend dah team kami. Siapa yg patut dipersalahkan? tu orang yg sibuk nak launch sistem baru nak dpt nama & merit punye pasal, tapi sistem tak ready, workflow takde, communication to user takder...yg jadi mangsa, team kami hukhuk. Ditambah pula dgn cuti mandatori selepas raya ni..isk risaunye saya! Baru je plan nak keje minggu tuh utk settle kan mana2 yg pending sebelum bersalin...alih2 kena paksa cuti! my oh my.........

7 comments:

Farra Da Smiley said...

rajinnyer la tangkap gambo sume makanan iftar..huhu

kami dah tak larat mkn bubur lambuk..dr last fri everyday dpt bubur lambuk..kat masjid tmn ehsan rajin buat bubur lambuk

ramadhan ni pon aku byk mtg luar...penattt

bagus idlan..syabas2 :)

LiTtLe^m3 said...

aduii kagumnya ngan ibu2 ini tetiap hari masak tu... tercabar ni.. macam manakah ibu2 semua kekal sihat dan cergas ye?

Ummu Auni said...

bubur lambuk? aku tak berapa sangat, hehe. anyway, kereta ko manual? pergh

y@tipruzz said...

aku sesat nk gi miting pg ni waaaaaaaa kol 8.05am kuar, kol 9.55am br sampai kat tm bkt petaling tu jenuh pusing byk kali. tensi giler!! Chairman tunggu aku sbb aku kena present, mujur dia baik n x marah...wa malu woo! pastuh rushing blk ke opis for another meeting...aku lambat lagi! what a challenging day for me huk hukkk acik sgt penatssss

ummi said...

hebat ek jualan kat menara? rindunyaaaa nak jenjalan shopping dgn kawan2..

y@tipruzz said...

sy baru tangkap 4 tudung kelmarin..stressnye pasal hoho

Zuedin said...

nila namanya the power of a mother kan :)

daku pun masa nak beranak petang tu..pagi tu siap drive sendiri keta manualku ke spital :P